Reset Kata Laluan Bank Secara Online 2023

Cara reset kata laluan menggunakan Internet Banking bagi setiap bank di Malaysia adalah berlainan. Bank-bank ini mempunyai langkah keselamatan mereka sendiri.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan panduan untuk menetapkan semula password Internet Banking bagi setiap bank ini.

Apa Kepentingan Reset Kata Laluan Internet Banking?

Kepentingan untuk reset semula kata laluan perbankan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sudah banyak cerita di media sosial, ramai yang kena scam dengan scammer kerana salah sendiri tidak berhati-hati semasa berurusan secara online.

Reset kata laluan adalah satu cara paling mudah untuk menjaga dan menyelamatkan diri anda daripada serangan cyber dan kecurian identiti.

Ini bukannya hanya terpakai untuk urusan perbankan sahaja.

Jika anda selalu shopping di Shopee atau Lazada, anda juga perlu tukar password dengan kerap.

Kalau anda ada akaun Astro, Netflix, Viu dan lain-lain aplikasi hiburan yang lain, anda juga perlu menukarnya.

Anda perlu mencipta password yang kuat untuk melindungi diri anda daripada hacker, scammer dan penjenayah Internet yang cuba mendapatkan maklumat peribadi anda seperti kad kredit dan maklumat login akaun bank.

 

Apa Kebaikan Tukar Password Selalu?

Jika anda kerap menukar password, ada banyak kebaikannya.

Yang paling utama, anda dapat memastikan akaun anda selamat daripada gangguan aktiviti-aktiviti jahat yang kadang-kadang anda sendiri tidak sedar.

Jadi, bila selalu tukar password, hacker dan scammer tak akan dapat meneka kata laluan anda dengan mudah. Maklumat peribadi tentang kewangan anda juga selamat.

Anda sendiri pasti rasa yakin.

“Ah, malasnya nak tukar!”

Ya, suka hati anda.

Memang leceh kalau asyik nak tukar password selalu.

Lagi leceh kalau setiap bank mempunyai kata laluan yang berlainan.

Tapi kalau apa-apa berlaku pada akaun bank anda seperti duit hilang tiba-tiba, jangan salahkan pihak bank pula.

Kalau kecurian identiti betul-betul berlaku dan melibatkan duit, anda perlu buat laporan MCMC dan juga report polis.

 

Cara Reset Kata Laluan Bank

Apa yang ditulis di atas hanyalah sekadar nasihat yang ringkas secara umum sahaja.

Anda masih perlu reset kata laluan akaun bank anda sendiri.

Berikut ialah langkah-langkah untuk menetapkan semula kata laluan secara terperinci mengikut bank:

No Bank Keterangan
1 Maybank Boleh guna nombor Kad Debit dan Kad Kredit
2 CIMB Bank Boleh guna nombor Debit / Credit Card, Loan / Financing, Structured Investment, Unit Trust atau Kwik / Prepaid Mastercard
3 Public Bank Boleh guna nombor ATM / Debit / Credit / Credit Card Number
4 RHB Bank Boleh guna Card Number atau Loan Account Number
5 Hong Leong Bank Boleh guna nombor Debit Card / Principal Credit Card, Loan / Financing-i Account Number
6 AmBank Boleh guna nombor Debit Card, Credit Card / Card-i, Mortgage, Hire Purchase / Hire Purchase-i atau Personal Loan / Financing
7 UOB Bank Boleh guna nombor Debit Card, Credit Card
8 Bank Rakyat Boleh guna nombor Kad Debit-i / Credit Card-i
9 OCBC Bank Boleh guna nombor Debit Card / Credit Card / Access Code
10 HSBC Bank Perlu ada Security Device atau Mobile Secure Key
11 Affin Bank Boleh guna nombor Debit Card / Credit Card / Virtual Card
12 Bank Islam Boleh guna nombor Debit Card-i, Credit Card-i
13 Standard Chartered Bank Boleh guna nombor ATM Card, Debit Card, Credit Card, PIN
14 Citibank
15 Bank Simpanan Nasional Boleh guna nombor Debit Card, Credit Card, PIN
16 Bank Muamalat Dalam banyak-banyak bank, Bank Muamalat paling mudah. Boleh reset guna nombor Debit Card, Credit Card.
17 Alliance Bank Boleh guna nombor Debit Card, Credit Card, PIN
18 Agrobank Boleh guna nombor ATM Card, ATM PIN
19 Al-Rajhi Bank Boleh guna nombor Debit Card
20 MBSB Bank Boleh guna nombor Debit Card, Credit Card, PIN
21 Co-opbank Pertama Tidak straight-forward. Tiada cara untuk reset di laman utama. Perlu klik pautan lain.
22 Kuwait Finance House Boleh guna nombor Debit Card, Credit Card

 

Akhir kata

Diharapkan perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Internet Banking secara umum ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Teruskan berhati-hati dan kekal selamat di Internet.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment