Reset Kata Laluan Alliance Bank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Alliance Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Alliance Bank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Alliance Bank anda secara online.

Reset Kata Laluan Alliance Bank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Alliance Bank melalui Perbankan Internet Alliance Bank:

  1. Pergi ke laman web rasmi Alliance Bank di sini: https://www.allianceonline.com.my
  2. Halaman utama AllianceOnline akan terpapar
  3. Di bahagian Reactivate Access, klik ‘Forgot Username / Password’
  4. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Alliance Bank ini
  5. Ada tiga pilihan di sini di mana anda perlu pilih samada mahu reset password menggunakan cara berikut: ATM / Debit Card, Credit Card atau Temporary ID
  6. Pilihan 1: Jika pilih untuk reset guna ATM / Debit Card, masukkan nombor kad dan juga 6-digit ATM PIN
  7. Klik butang Submit
  8. Pilihan 2: Jika pilih untuk reset guna Credit Card, masukkan nombor kad kredit, Credit Limit dalam Ringgit Malaysia dan juga nombor Kad Pengenalan (atau no passport / no kad tentera)
  9. Klik butang Submit
  10. Pilihan 3: Jika pilih untuk reset guna Temporary ID, anda perlu datang ke cawangan Alliance Bank yang berhampiran. Dapatkan Temporary ID daripada kaunter. Klik semula pautan tadi dan masukkan Temporary ID yang diberi berserta nombor Kad Pengenalan (atau no passport / no kad tentera).
  11. Klik butang Submit
  12. Bergantung kepada pilihan anda tadi, selepas tekan butang Submit, sila ikuti arahan selanjutnya (jika ada) dan pastikan proses penetapan semula kata laluan ini siap sepenuhnya
  13. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Alliance Bank
  14. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card, Credit Card, PIN, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Alliance Bank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Alliance Bank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Alliance Bank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Alliance Bank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Alliance Bank di talian 03-5516 9988
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Alliance Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Alliance Bank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Alliance Bank anda melalui https://www.allianceonline.com.my.

Pastikan anda log masuk Alliance Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login Alliance Bank sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking Alliance Bank di sini: https://www.allianceonline.com.my
  2. Muka hadapan AllianceOnline akan terpapar
  3. Sila login allianceonline.com.my macam biasa
  4. Isikan Username
  5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Login
  6. Sila sahkan Security Pharase seperti yang terpapar
  7. Isikan Password
  8. Klik butang Login
  9. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem AllianceOnline
  10. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui AllianceOnline
  11. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Alliance Bank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Alliance Bank
  2. Anda tidak pernah login Alliance Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Alliance Bank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Alliance Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Alliance Bank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Alliance Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Alliance Bank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Alliance Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Alliance Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Alliance Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment