Reset Kata Laluan Public Bank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Public Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Public Bank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Public Bank anda secara online.

Reset Kata Laluan Public Bank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Public Bank melalui Perbankan Internet Public Bank:

  1. Pergi ke laman web rasmi Public Bank di sini: https://www.pbebank.com
  2. Halaman utama PBe Bank akan terpapar
  3. Klik pada bahagian Login > PBe
  4. Di bahagian Need Help?, klik Reset Password / Reactive User ID
  5. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun PBe ini
  6. Terdapat dua pilihan di sini iaitu ‘Reset using your Account Number or ATM / Debit / Credit / Credit Card Number’ atau ‘Reset using a Temporary ID and Password’
  7. Pilihan 1: Jika anda pilih ‘Reset using your Account Number or ATM / Debit / Credit / Credit Card Number’, anda mesti kad atau akaun yang aktif yang dinyatakan iaitu ‘Credit Card / ATM / Debit Card, Current / Savings Account / Loan Account atau Hire Puchase Account’
  8. Klik butang Next
  9. Masukkan User ID, Product Type, New IC / Old IC / Passport No / Armed Foces No / Business Registration No dan Security Code
  10. Klik butang Next
  11. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap
  12. Pilihan 2: Jika anda pilih ‘Rest using a Temporary ID and Password’, anda perlu hadirkan diri ke cawangan kerana ia tidak boleh dibuat secara online sepenuhnya
  13. Ada perlu dapatkan Temporary ID dan Temporary Password daripada cawangan terlebih dahulu
  14. Selepas itu, masukkan Temporary ID, Temporary Password dan Security Code seperti yang dikehendaki di laman PBe
  15. Klik butang Next
  16. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap
  17. Bergantung kepada Pilihan 1 atau Pilihan 2, cuba log masuk Public Bank semula
  18. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Public Bank
  19. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor ATM / Debit / Credit / Credit Card Number, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Public Bank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Public Bank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Public Bank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Public Bank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Public Bank di talian 1-800-22-7777
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Public Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Public Bank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Public Bank anda melalui https://www.pbebank.com.

Pastikan anda log masuk Public Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

  1. Berikut ialah cara untuk login Public Bank sekali lagi:
  2. Sila layari Internet Banking Public Bank di sini: https://www.pbebank.com
  3. Muka hadapan PBe Bank akan terpapar
  4. Tekan pada bahagian Login
  5. Sila login pbebank.com macam biasa
  6. Isikan User ID
  7. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Next
  8. Sila sahkan Personal Login Phrase seperti yang terpapar
  9. Jika betul, tick pada Yes
  10. Isikan Password
  11. Klik butang Login
  12. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem PBe Bank
  13. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui PBe Bank
  14. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula Kata Laluan Public Bank?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Public Bank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Public Bank
  2. Anda tidak pernah login Public Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Public Bank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Public Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Public Bank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Public Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Public Bank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Public Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Public Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Public Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment