Reset Kata Laluan Bank Rakyat Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Bank Rakyat, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Bank Rakyat.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Bank Rakyat anda secara online.

Reset Kata Laluan Bank Rakyat Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Bank Rakyat melalui Perbankan Internet Bank Rakyat:

  1. Pergi ke laman web rasmi Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
  2. Halaman utama iRakyat akan terpapar
  3. Klik butang Login > Personal Banking
  4. Klik Forgot Username / Password
  5. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Bank Rakyat ini
  6. Ada dua pilihan di sini iaitu reset mengunakan Kad Debit-i / Credit Card-i ataupun menggunakan Temporary ID
  7. Pilih salah satu dan tekang butang Submit
  8. Pilihan 1: Jika anda pilih untuk reset kata laluan menggunakan Kad Debit-i / Credit Card-i, masukkan nombor Kad Debit-i / Credit Card-i, Card PIN dan juga Mobile No seperti yang dikehendaki
  9. Klik butang Submit
  10. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap
  11. Pilihan 2: Jika anda pilih untuk reset menggunakan Temporary ID, anda perlu hadirkan diri ke cawangan kerana ia tidak boleh dibuat secara online sepenuhnya
  12. Ada perlu dapatkan Temporary ID dan kata laluan daripada cawangan terlebih dahulu
  13. Selepas itu, masukkan Temporary ID dan IC No / Passport No / Military IC seperti yang dikehendaki
  14. Klik butang Submit
  15. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap
  16. Bergantung kepada Pilihan 1 atau Pilihan 2, cuba log masuk Bank Rakyat semula
  17. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Bank Rakyat
  18. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Kad Debit-i / Credit Card-i, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Bank Rakyat

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Bank Rakyat?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Bank Rakyat.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Bank Rakyat untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Bank Rakyat
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Bank Rakyat Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Bank Rakyat anda melalui https://www.irakyat.com.my.

Pastikan anda log masuk Bank Rakyat untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login Bank Rakyat sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
  2. Muka hadapan iRakyat akan terpapar
  3. Cari pautan Login dan pilih Personal Banking
  4. Sila login irakyat.com.my macam biasa
  5. Isikan Username
  6. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Login
  7. Sila buat pengesahan Secure Phrase, tekan Yes dan tulis semula Captcha seperti yang terpapar
  8. Isikan Password
  9. Klik butang Login
  10. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem iRakyat
  11. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui iRakyat
  12. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Bank Rakyat:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Bank Rakyat
  2. Anda tidak pernah login Bank Rakyat beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Bank Rakyat
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Bank Rakyat sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Bank Rakyat tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Bank Rakyat itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Bank Rakyat ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Bank Rakyat dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Bank Rakyat tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Bank Rakyat sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment