Reset Kata Laluan Affin Bank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Affin Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Affin Bank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Affin Bank anda secara online.

Reset Kata Laluan Affin Bank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Affin Bank melalui Perbankan Internet Affin Bank:

  1. Pergi ke laman web rasmi Affin Bank di sini: https://rib.affinalways.com
  2. Halaman utama Affin Always akan terpapar
  3. Akan ada dua pilihan di sini
  4. Jika terlupa username, klik Forgot Username
  5. Jika terlupa kata laluan, klik Forgot Password
  6. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Affin Bank ini
  7. Pilihan 1: Jika anda pilih Forgot Username, pilih Card Type, masukkan nombor Credit Card, Debit Card ataupun Virtual Card yang dipilih tadi, pilih ID Type, masukkan ID Number seperti nombor Kad Pengenalan dan yang terakhir, masukkan Card PIN
  8. Klik butang Request TAC

Klik butang Continue lagi
  9. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap

Pilihan 2: Jika anda pilih Forgot Password, pilih samada anda mahu buat tetapan semula dengan Card with PIN ataupun Challenge Questions

Klik butang Continue

Masukkan Credit Card / Debit Card / Virtual Card Number and PIN ataupun beberapa Challenge Questions
  10. Klik butang Request TAC

Klik butang Continue lagi
  11. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap
  12. Bergantung kepada Pilihan 1 atau Pilihan 2 tadi, cuba log masuk Affin Bank semula
  13. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Affin Always
  14. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card / Credit Card / Virtual Card, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Affin Bank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Affin Bank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Affin Bank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Affin Bank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Affin Bank di talian 03-8230 2222
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Affin Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Affin Bank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Affin Bank anda melalui https://rib.affinalways.com.

Pastikan anda log masuk Affin Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login Affin Bank sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking Affin Bank di sini: https://rib.affinalways.com
  2. Muka hadapan Affin Always akan terpapar
  3. Sila login rib.affinalways.com macam biasa
  4. Isikan Username
  5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Login
  6. Sila sahkan Secure Word
  7. Isikan Password
  8. Klik butang Login
  9. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Affin Always
  10. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Affin Always
  11. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Affin Bank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Affin Bank
  2. Anda tidak pernah login Affin Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Affin Bank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Affin Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Affin Bank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Affin Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Affin Bank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Affin Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Affin Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Affin Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment