Reset Kata Laluan Agrobank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Agrobank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Agrobank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Agrobank anda secara online.

Reset Kata Laluan Agrobank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Agrobank melalui Perbankan Internet Agrobank:

  1. Pergi ke laman web rasmi Agrobank di sini: https://www.agronet.com.my
  2. Halaman utama Agronet akan terpapar
  3. Klik ‘Forgot my Password’
  4. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Agrobank ini
  5. Masukkan maklumat yang dikehendaki iaitu: Username, Account Number, ATM Card Number dan juga ATM Pin Number
  6. Klik butang Continue
  7. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap sepenuhnya
  8. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Agrobank
  9. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor ATM Card, ATM PIN, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Agrobank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Agrobank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Agrobank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Agrobank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Agrobank di talian 1 300 88 2476
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Agrobank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Agrobank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Agrobank anda melalui https://www.agronet.com.my.

Pastikan anda log masuk Agrobank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login Agrobank sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking Agrobank di sini: https://www.agronet.com.my
  2. Muka hadapan Agronet akan terpapar
  3. Sila login agronet.com.my macam biasa
  4. Isikan Username
  5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Login
  6. Sila sahkan Security Image seperti yang terpapar
  7. Isikan Password
  8. Klik butang Submit
  9. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Agronet
  10. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Agronet
  11. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula Kata Laluan Agrobank?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Agrobank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Agrobank
  2. Anda tidak pernah login Agrobank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Agrobank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Agrobank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Agrobank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Agrobank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Agrobank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Agrobank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Agrobank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Agrobank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment