Log Masuk Agrobank (agronet.com.my)

Perbankan Internet Agrobank memang memudahkan. Jika anda sudah berdaftar, hanya perlu log masuk Agrobank melalui Agronet dan terus boleh buat urusan perbankan secara atas talian. Ini termasuk urusan harian seperti bayar bil, transfer duit Agrobank guna DuitNow ke bank-bank lain, semak duit baki dalam akaun dan macam-macam lagi.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua perkara yang berkaitan dengan hal-hal log masuk Agrobank.

Cara Log Masuk Agrobank Online

Berikut ialah cara log masuk Agrobank melalui Perbankan Internet Agrobank:

  1. Sila layari Internet Banking Agrobank di sini: https://www.agronet.com.my
  2. Muka hadapan Agronet akan terpapar
  3. Sila log masuk agronet.com.my seperti biasa
  4. Isikan Username
  5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Login
  6. Sila sahkan Security Image seperti yang terpapar
  7. Isikan Password
  8. Tekan butang Submit
  9. Sekiranya semua proses log masuk berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Agronet
  10. Teruskan dengan transaksi yang diingini seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Agronet
  11. Selesai

 

Tak Boleh Log Masuk Agrobank?

Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk Agrobank.

Antara masalah yang selalu berlaku dan penyelesaian kepada permasalahan login Agrobank ini adalah seperti berikut:

  1. Tersalah Masukkan Kata laluan Agrobank. Kalau ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda telah mengisi kata laluan yang betul di ruang yang disediakan. Pastikan anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, janganlah menggelabah. Anda boleh tetapkan semula kata laluan atau reset password Agrobank anda.
  2. Tersalah Masukkan username. Ya, ada kalanya, ia berlaku akibat kecuaian. Periksa sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa daftar username anda. Contohnya, nak letak username “farhan1992”, tapi tersilap “farhan1993”. Jika ini berlaku, anda perlu hubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan. Mungkin boleh tukar, mungkin tidak boleh.
  3. Sambungan Internet slow macam siput dan bermasalah. Jika line nampak slow sangat-sangat, pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk. Kalau boleh, jangan guna data, tapi guna Wi-Fi.
  4. Perkhidmatan Agrobank memang ditutup sementara. Anda perlu pastikan perkhidmatan Internet Banking tidak ditutup untuk maintenance atau sebab lain. Klik-klik sana sini, tak jadi. Memanglah, sebab dia down. Boleh rujuk Twitter untuk melihat status terkini.
  5. Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser di telefon Android atau iPhone seperti Brave, Google Chrome, Safari, Firefox dan macam-macam lagi. Ini boleh membantu selesai problem untuk log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
  6. Masalah pelayar itu sendiri. Kadang-kadang Google Chrome (atau Brave dan lain-lain) memang buat gila. Tak selamanya dia berkelakuan baik. Jadi, cuba gunakan pelayar yang berbeza untuk log masuk Agrobank. Ini boleh membantu anda mengetahui jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.

 

Reset Kata Laluan Agrobank Online

Kami faham, anda kalau boleh memang nak masalah log masuk ini diselesaikan segera.

Jadi, jika anda adalah orang yang memang mahir dan pandai dalam bidang IT, anda boleh cuba reset password Agrobank sendiri secara online melalui https://www.agronet.com.my.

Tidak susah mana pun. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.

Boleh ikuti panduan ringkas berkenaan cara reset kata laluan Agrobank ini.

Sila bersedia dengan handphone anda di sebelah kerana Agrobank akan send SMS TAC Agrobank atau OTP untuk verifikasi.

 

Masih Ada Masalah Untuk Set Semula Kata Laluan Agrobank?

Kalau anda dah cuba reset password Agrobank banyak kali tapi masih lagi gagal, tak payah buang masa. Lebih baik hubungi Customer Service Agrobank.

Berikut ialah cara reset semula kata laluan Agrobank anda dengan bantuan Customer Service:

  1. Sila ‘call’ Agrobank di talian 1 300 88 2476
  2. Sila pilih nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Bagi memudahkan urusan pertanyaan tentang log masuk, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga ‘call’ anda dijawab oleh Customer Service Agrobank
  5. Apabila ‘call’ sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  6. Untuk tidak membuang masa, terus berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Beritahu Customer Service, anda ada masalah untuk log masuk
  8. Jika difikirkan perlu, Customer Service di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
  10. Ini termasuk dalam satu proses untuk memastikan bahawa anda benar-benar pemilik akaun ini
  11. Pihak Customer Service di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Customer Service akan membantu anda semak akaun anda jika ada apa-apa masalah
  13. Jika betul-betul tak ingat password, minta Customer Service reset password
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Customer Service membantu menyelesaikan masalah log masuk dan kata laluan anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk dan kata laluan anda akan diselesaikan oleh Customer Service
  16. Selesai

 

Apa Kriteria Kata Laluan Yang Bagus?

Kata laluan biar susah, jangan guna yang senang-senang. Nanti orang boleh hack.

Secara asasnya, anda boleh guna kombinasi huruf besar dan kecil, angka, dan simbol.
Ini akan meningkatkan kekerapan kesukaran kata laluan untuk diteka. Contohnya “farhan1992” ini nampak biasa-biasa. Tapi kalau “F4rh4n@1992!”, ia lebih baik.

  1. Jangan gunakan kata-kata yang mudah orang teka, seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor telefon.
  2. Jangan gunakan password yang sama untuk akaun bank yang berbeza.
  3. Jangan simpan kata laluan Agrobank anda di telefon atau komputer anda.
  4. Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa, walaupun keluarga sendiri.
  5. Sesekali tukarlah kata laluan Agrobank anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
  6. Jangan guna yang pendek, tapi gunakan kata laluan yang panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara log masuk Agrobank ini cukup ringkas dan mudah difahami.

Terakhir, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan Agrobank yang betul-betul kuat supaya tak kena hack.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment