Reset Kata Laluan Maybank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Maybank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Maybank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Maybank anda secara online.

Reset Kata Laluan Maybank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Maybank melalui Perbankan Internet Maybank:

  1. Pergi ke laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
  2. Halaman utama Maybank2u akan terpapar
  3. Klik FORGOT LOGIN DETAILS
  4. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Maybank ini
  5. Di bahagian Reset Using, pilih samada Debit Card, Credit Card, Charge Card, Prepaid Card atau Access Number
  6. Masukkan Card / Access Number
  7. Seterusnya, masukkan PIN
  8. Klik butang SUBMIT
  9. Sekiranya ada, ikut arahan selanjutnya yang diberikan Maybank2u
  10. Cuba log masuk Maybank semula
  11. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Maybank
  12. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor PIN, Kad Debit, Kad Kredit atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Maybank.

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Maybank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Maybank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Maybank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Maybank di talian 1-300-88-6688
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Selalunya, 1 untuk Bahasa Melayu, 2 untuk Bahasa Inggeris dan 3 untuk Bahasa Cina
  4. Untuk lebih mudah, pilih sahaja Bahasa Melayu
  5. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Maybank
  6. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  7. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  8. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  9. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  10. Antara soalan-soalan popular Maybank ialah pernah guna untuk cash advance dalam masa 30 hari atau tidak, ada link dengan Touch n GO atau tidak, bayar bulan-bulan macam mana dan lain-lain lagi
  11. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  12. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  13. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  14. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  15. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan Maybank anda
  16. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  17. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  18. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Maybank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Maybank anda melalui https://www.maybank2u.com.my.

Pastikan anda log masuk Maybank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

  1. Berikut ialah cara untuk login Maybank sekali lagi:
  2. Sila layari Internet Banking Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
  3. Muka hadapan Maybank2u akan terpapar
  4. Sila login maybank2u.com.my macam biasa
  5. Isikan Username
  6. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang LOGIN
  7. Sila sahkan Security Image dan Security Phrase seperti yang terpapar
  8. Jika betul, klik butang YES
  9. Isikan Password
  10. Klik butang LOGIN
  11. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Maybank2u

Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Maybank2u
  12. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula Kata Laluan Maybank?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Maybank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Maybank
  2. Anda tidak pernah login Maybank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Maybank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Maybank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Maybank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Maybank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Maybank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Maybank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Maybank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Maybank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment