Log Masuk Maybank (maybank2u.com.my)

Perbankan Internet Maybank memang memudahkan. Jika anda sudah berdaftar, hanya perlu log masuk Maybank Online melalui Maybank2u dan terus boleh buat urusan perbankan secara atas talian. Ini termasuk urusan harian seperti bayar bil, transfer duit Maybank guna DuitNow ke bank-bank lain, semak duit baki dalam akaun dan macam-macam lagi.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua perkara yang berkaitan dengan hal-hal log masuk Maybank.

Cara Log Masuk Maybank Online

Berikut ialah cara log masuk Maybank melalui Perbankan Internet Maybank:

  1. Sila layari Internet Banking Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
  2. Muka hadapan Maybank2u akan terpapar
  3. Sila log masuk maybank2u.com.my seperti biasa
  4. Isikan Username
  5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang LOGIN
  6. Sila sahkan Security Image dan Security Phrase seperti yang terpapar
  7. Jika betul, klik butang YES
  8. Isikan Password
  9. Tekan butang LOGIN
  10. Sekiranya semua proses log masuk berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Maybank2u

Teruskan dengan transaksi yang diingini seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Maybank2
  11. Selesai

 

Tak Boleh Log Masuk Maybank?

Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk Maybank.

Antara masalah yang selalu berlaku dan penyelesaian kepada permasalahan login Maybank ini adalah seperti berikut:

  1. Tersalah Masukkan Kata laluan Maybank. Kalau ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda telah mengisi kata laluan yang betul di ruang yang disediakan. Pastikan anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, janganlah menggelabah. Anda boleh tetapkan semula kata laluan atau reset password Maybank anda.
  2. Tersalah Masukkan username. Ya, ada kalanya, ia berlaku akibat kecuaian. Periksa sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa daftar username anda. Contohnya, nak letak username “farhan1992”, tapi tersilap “farhan1993”. Jika ini berlaku, anda perlu hubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan. Mungkin boleh tukar, mungkin tidak boleh.
  3. Sambungan Internet slow macam siput dan bermasalah. Jika line nampak slow sangat-sangat, pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk. Kalau boleh, jangan guna data, tapi guna Wi-Fi.
  4. Perkhidmatan Maybank memang ditutup sementara. Anda perlu pastikan perkhidmatan Internet Banking tidak ditutup untuk maintenance atau sebab lain. Klik-klik sana sini, tak jadi. Memanglah, sebab dia down. Boleh rujuk Twitter untuk melihat status terkini.
  5. Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser di telefon Android atau iPhone seperti Brave, Google Chrome, Safari, Firefox dan macam-macam lagi. Ini boleh membantu selesai problem untuk log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
  6. Masalah pelayar itu sendiri. Kadang-kadang Google Chrome (atau Brave dan lain-lain) memang buat gila. Tak selamanya dia berkelakuan baik. Jadi, cuba gunakan pelayar yang berbeza untuk log masuk Maybank. Ini boleh membantu anda mengetahui jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.

 

Reset Kata Laluan Maybank Online

Kami faham, anda kalau boleh memang nak masalah log masuk ini diselesaikan segera.

Jadi, jika anda adalah orang yang memang mahir dan pandai dalam bidang IT, anda boleh cuba reset password Maybank sendiri secara online melalui https://www.maybank2u.com.my.

Tidak susah mana pun. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.

Boleh ikuti panduan ringkas berkenaan cara reset kata laluan Maybank ini.

Sila bersedia dengan handphone anda di sebelah kerana Maybank akan send SMS TAC Maybank atau OTP untuk verifikasi.

 

Masih Ada Masalah Untuk Set Semula Kata Laluan Maybank?

Kalau anda dah cuba reset password Maybank banyak kali tapi masih lagi gagal, tak payah buang masa. Lebih baik hubungi Customer Service Maybank.

Berikut ialah cara reset semula kata laluan Maybank anda dengan bantuan Customer Service:

  1. Sila ‘call’ Maybank di talian 1-300-88-6688
  2. Sila pilih nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Selalunya, 1 untuk Bahasa Melayu, 2 untuk Bahasa Inggeris dan 3 untuk Bahasa Cina
  4. Bagi memudahkan urusan pertanyaan tentang log masuk, pilih sahaja Bahasa Melayu
  5. Tunggu sekejap sehingga ‘call’ anda dijawab oleh Customer Service Maybank
  6. Apabila ‘call’ sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  7. Untuk tidak membuang masa, terus berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  8. Beritahu Customer Service, anda ada masalah untuk log masuk
  9. Jika difikirkan perlu, Customer Service di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti
  10. Antara soalan-soalan popular Maybank ialah pernah guna untuk cash advance dalam masa 30 hari atau tidak, ada link dengan Touch n GO atau tidak, bayar bulan-bulan macam mana dan lain-lain lagi
  11. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
  12. Ini termasuk dalam satu proses untuk memastikan bahawa anda benar-benar pemilik akaun ini
  13. Pihak Customer Service di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  14. Seterusnya, pihak Customer Service akan membantu anda semak akaun anda jika ada apa-apa masalah
  15. Jika betul-betul tak ingat password, minta Customer Service reset password Maybank anda
  16. Terus kekal di talian sementara pihak Customer Service membantu menyelesaikan masalah log masuk dan kata laluan anda
  17. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk dan kata laluan anda akan diselesaikan oleh Customer Service
  18. Selesai

 

Apa Kriteria Kata Laluan Yang Bagus?

Kata laluan biar susah, jangan guna yang senang-senang. Nanti orang boleh hack.

Secara asasnya, anda boleh guna kombinasi huruf besar dan kecil, angka, dan simbol.
Ini akan meningkatkan kekerapan kesukaran kata laluan untuk diteka. Contohnya “farhan1992” ini nampak biasa-biasa. Tapi kalau “F4rh4n@1992!”, ia lebih baik.

  1. Jangan gunakan kata-kata yang mudah orang teka, seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor telefon.
  2. Jangan gunakan password yang sama untuk akaun bank yang berbeza.
  3. Jangan simpan kata laluan Maybank anda di telefon atau komputer anda.
  4. Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa, walaupun keluarga sendiri.
  5. Sesekali tukarlah kata laluan Maybank anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
  6. Jangan guna yang pendek, tapi gunakan kata laluan yang panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara log masuk Maybank ini cukup ringkas dan mudah difahami.

Terakhir, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan Maybank yang betul-betul kuat supaya tak kena hack.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment