Reset Kata Laluan AmBank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk AmBank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan AmBank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password AmBank anda secara online.

Reset Kata Laluan AmBank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan AmBank melalui Perbankan Internet AmBank:

Pergi ke laman web rasmi AmBank di sini: https://ambank.amonline.com.my/web/

  1. Halaman utama AmOnline akan terpapar
  2. Klik Forgot username / password?
  3. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun AmBank ini
  4. Pilih ID Type seperti yang dipaparkan iaitu samada New IC, Passport, Armed Foce, Police, Business Registration (ROB & ROC) ataupun Business Registration (East Malaysia)
  5. Kalau pilih New IC, masukkan nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan
  6. Pilih akaun atau kad seperti yang dipaparkan iaitu samada Debit Card, Credit Card / Card-i, Mortgage, Hire Purchase / Hire Purchase-i atau Personal Loan / Financing
  7. Kalau pilih Debit Card, masukkan Card Number dan Card Pin seperti yang dikehendaki
  8. Klik butang Continue
  9. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru AmOnline dan membuat pengesahan sehingga siap
  10. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet AmBank
  11. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card, Credit Card / Card-i, Mortgage, Hire Purchase / Hire Purchase-i atau Personal Loan / Financing, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan AmBank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password AmBank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja AmBank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan AmBank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak AmBank di talian 03-2178 8888
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan AmBank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login AmBank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan AmBank anda melalui https://ambank.amonline.com.my.

Pastikan anda log masuk AmBank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login AmBank sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking Ambank di sini: https://ambank.amonline.com.my
  2. Muka hadapan AmOnline akan terpapar
  3. Sila login ambank.amonline.com.my macam biasa
  4. Isikan Username
  5. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Log In Now
  6. Sila sahkan Security Image dengan menekan butang Yes
  7. Isikan Password
  8. Klik butang Log In
  9. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem AmOnline
  10. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui AmOnline
  11. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula Kata Laluan AmBank?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password AmBank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh AmBank
  2. Anda tidak pernah login AmBank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun AmBank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak AmBank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun AmBank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan AmBank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan AmBank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari AmBank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak AmBank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi AmBank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment