Reset Kata Laluan Bank Islam Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Bank Islam, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Bank Islam.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Bank Islam anda secara online.

Reset Kata Laluan Bank Islam Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Bank Islam melalui Perbankan Internet Bank Islam:

  1. Pergi ke laman web rasmi Bank Islam di sini: https://www.bankislam.biz
  2. Halaman utama Bank Islam akan terpapar
  3. Tekan butang INTERNET BANKING LOGIN
  4. Klik Forgot Login Details?
  5. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Bank Islam ini
  6. Pilih samada anda mahu reset menggunakan Debit Card-i ataupun Credit Card-i
  7. Berdasarkan pilihan anda, masukkan nombor Debit Card-i ataupun Credit Card-i berserta PIN di dalam ruangan yang disediakan
  8. Klik butang Continue
  9. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap sepenuhnya
  10. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Bank Islam
  11. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card-i, Credit Card-i, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Bank Islam

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Bank Islam?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Bank Islam.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Bank Islam di talian 03-26 900 900
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Bank Islam
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Bank Islam Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Bank Islam anda melalui https://www.bankislam.biz.

Pastikan anda log masuk Bank Islam untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login Bank Islam sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking Bank Islam di sini: https://www.bankislam.biz
  2. Muka hadapan Bank Islam akan terpapar
  3. Klik butang INTERNET BANKING LOGIN
  4. Sila login bankislam.biz macam biasa
  5. Isikan USER ID
  6. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang LOGIN
  7. Sila buat pengesahan Private Image dan Private Word
  8. Klik butang Yes
  9. Isikan Password
  10. Klik butang LOGIN
  11. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Bank Islam
  12. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Bank Islam
  13. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Bank Islam:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Bank Islam
  2. Anda tidak pernah login Bank Islam beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Bank Islam
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Bank Islam sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Bank Islam tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Bank Islam itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Bank Islam ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Bank Islam dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Bank Islam tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Bank Islam sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment