Reset Kata Laluan Hong Leong Bank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk Hong Leong Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan Hong Leong Bank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password Hong Leong Bank anda secara online.

Reset Kata Laluan Hong Leong Bank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan Hong Leong Bank melalui Perbankan Internet Hong Leong Bank:

  1. Pergi ke laman web rasmi Hong Leong Bank di sini: https://s.hongleongconnect.my
  2. Halaman utama Hong Leong Connect akan terpapar
  3. Klik Forgot Username / Password
  4. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun Hong Leong Bank ini
  5. Anda perlu sediakan nombor Debit Card / Principal Credit Card, Loan / Financing-i Account Number, alamat email ataupun Temporary ID
  6. Pilihan 1: Jika anda pilih untuk reset kata laluan menggunakan Debit Card / Principal Credit Card, Loan / Financing-i Account Number, alamat email, masukkan ID Type dan ID Number seperti yang dikehendaki
  7. Klik butang Next
  8. Masukkan nombor TAC 6-digit yang dihantar ke telefon bimbit berdaftar
  9. Klik butang Next
  10. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap
  11. Pilihan 2: Jika anda pilih untuk reset menggunakan Temporary ID, anda perlu hadirkan diri ke cawangan kerana ia tidak boleh dibuat secara online sepenuhnya
  12. Ada perlu dapatkan Temporary ID dan kata laluan daripada cawangan terlebih dahulu
  13. Selepas itu, masukkan ID Type dan ID Number seperti yang dikehendaki
  14. Klik butang Next
  15. Masukkan nombor TAC 6-digit yang dihantar ke telefon bimbit berdaftar
  16. Klik butang Next
  17. Ikuti arahan yang diberikan untuk membuat kata laluan baru dan membuat pengesahan sehingga siap
  18. Bergantung kepada Pilihan 1 atau Pilihan 2, cuba log masuk Hong Leong Bank semula
  19. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet Hong Leong Bank
  20. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card / Principal Credit Card, Loan / Financing-i Account Number, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password Hong Leong Bank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja Hong Leong Bank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak Hong Leong Bank di talian 03-7626 8899
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login Hong Leong Bank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan Hong Leong Bank anda melalui https://s.hongleongconnect.my.

Pastikan anda log masuk Hong Leong Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

  1. Berikut ialah cara untuk login Hong Leong Bank sekali lagi:
  2. Sila layari Internet Banking Hong Leong Bank di sini: https://s.hongleongconnect.my
  3. Muka hadapan Hong Leong Connect akan terpapar
  4. Sila login s.hongleongconnect.my macam biasa
  5. Isikan Username
  6. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Next
  7. Sila buat pengesahan Security Picture dengan tanda pada kotak ‘Yes, this is my security picture’
  8. Isikan Password
  9. Klik butang Login
  10. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Hong Leong Connect
  11. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Hong Leong Connect
  12. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula Kata Laluan?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password Hong Leong Bank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh Hong Leong Bank
  2. Anda tidak pernah login Hong Leong Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun Hong Leong Bank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak Hong Leong Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun Hong Leong Bank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan Hong Leong Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan Hong Leong Bank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari Hong Leong Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak Hong Leong Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi Hong Leong Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment