Reset Kata Laluan CIMB Bank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk CIMB Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan CIMB Bank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password CIMB Bank anda secara online.

Reset Kata Laluan CIMB Bank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan CIMB Bank melalui Perbankan Internet CIMB Bank:

  1. Pergi ke laman web rasmi CIMB di sini: https://www.cimbclicks.com.my
  2. Halaman utama CIMB Clicks akan terpapar
  3. Klik pada bahagian Login to Clicks
  4. Klik Forgot User ID or Password?
  5. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun CIMB Bank ini
  6. Di bahagian ‘How did you register for CIMB Clicks’, pilih samada Debit Card (Pending Activation), Debit / Credit Card, Loan / Financing, Structured Investment, Unit Trust atau Kwik / Prepaid Mastercard,
  7. Bergantung kepada pilihan di atas tadi, masukkan nombor akaun bank, nombor kad debit atau kad kredit, ATM PIN dan lain-lain yang berkaitan
  8. Klik butang Next
  9. Ikuti arahan selanjutnya yang diberikan CIMB Clicks
  10. Cuba log masuk CIMB Bank semula
  11. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet CIMB Bank
  12. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit / Credit Card, Loan / Financing, Structured Investment, Unit Trust atau Kwik / Prepaid Mastercard atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan CIMB Bank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password CIMB Bank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja CIMB Bank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan CIMB Bank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak CIMB Bank di talian 03-6204 7788
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan CIMB Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan CIMB Clicks
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login CIMB Bank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan CIMB Bank anda melalui https://www.cimb.com.my.

Pastikan anda log masuk CIMB Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

  1. Berikut ialah cara untuk login CIMB Bank sekali lagi:
  2. Sila layari Internet Banking CIMB di sini: https://www.cimbclicks.com.my
  3. Muka hadapan CIMB Clicks akan terpapar
  4. Klik pada bahagian Login to Clicks
  5. Sila login cimbclicks.com.my macam biasa
  6. Isikan User ID
  7. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang Login
  8. Sila sahkan SecureWord seperti yang terpapar
  9. Jika betul, tick pada Yes, this is my SecureWord
  10. Isikan Password
  11. Klik butang Login
  12. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem CIMB Clicks
  13. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui CIMB Clicks
  14. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula Kata Laluan CIMB Bank?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password CIMB Bank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh CIMB Bank
  2. Anda tidak pernah login CIMB Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun CIMB Bank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak CIMB Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun CIMB Bank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset Password CIMB Bank Anda!

Menetapkan semula kata laluan CIMB Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan CIMB Bank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari CIMB Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak CIMB Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi CIMB Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment