Reset Kata Laluan MBSB Bank Secara Online

Kalau lupa password untuk log masuk MBSB Bank, itu biasa. Tak perlu nak panik sangat sebab boleh reset balik. Dan tak susah pun nak reset kata laluan MBSB Bank.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara nak reset password MBSB Bank anda secara online.

Reset Kata Laluan MBSB Bank Online

Berikut ialah cara untuk anda buat tetapan semula kata laluan MBSB Bank melalui Perbankan Internet MBSB Bank:

  1. Pergi ke laman web rasmi MBSB Bank di sini: https://mjourney.mbsbbank.com
  2. Halaman utama MJourney akan terpapar
  3. Pilih M JOURNEY USER > Individual
  4. Klik ‘FORGOT USERNAME / PASSWORD’
  5. Anda perlu mengesahkan identiti anda sebagai pemilik akaun MBSB Bank ini
  6. Ada tiga pilihan di sini di mana anda perlu pilih samada mahu reset password menggunakan cara berikut: Debit Card, Deposit Account dan Financing Account
  7. Klik RETRIEVE DETAILS
  8. Pilihan 1: Jika pilih untuk reset guna Debit Card, masukkan nombor kad, 6-digit ATM PIN serta masukkan aksara yang terpapar di Security Check
  9. Klik butang Next

Terus ikuti arahan untuk proses verifikasi identiti dan mendapat maklumat untuk login semula sehingga selesai
  10. Pilihan 2: Jika pilih untuk reset guna Deposit Account, masukkan Deposit Account No, pilih ID Type, masukkan NRIC No (atau no passport) serta masukkan aksara yang terpapar di Security Check
  11. Klik butang Next
  12. Terus ikuti arahan untuk proses verifikasi identiti dan mendapat maklumat untuk login semula sehingga selesai
  13. Pilihan 3: Jika pilih untuk reset guna Financing Account, masukkan Financing Account No, pilih ID Type, masukkan NRIC No (atau no passport, no kad polis, no kad tentera) serta masukkan aksara yang terpapar di Security Check
  14. Klik butang Next
  15. Terus ikuti arahan untuk proses verifikasi identiti dan mendapat maklumat untuk login semula sehingga selesai
  16. Bergantung kepada pilihan anda tadi, selepas tekan butang Next, sila ikuti arahan yang diberikan dan pastikan proses penetapan semula kata laluan ini siap sepenuhnya
  17. Sekiranya proses reset kata laluan berjaya, akan akan dapat masuk semula ke dalam Perbankan Internet MBSB Bank
  18. Selesai

Kalau anda lupa atau tak ingat langsung nombor Debit Card, Credit Card, PIN, nombor akaun atau apa-apa sahaja yang berkaitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan MBSB Bank

 

Dah Try, Tapi Gagal Reset Password MBSB Bank?

Andai kata anda dah cuba banyak kali tapi masih tak berjaya, hubungi sahaja MBSB Bank.

Berikut ialah cara untuk anda hubungi Khidmat Pelanggan MBSB Bank untuk minta bantuan:

  1. Hubungi pihak MBSB Bank di talian 03-2096 3000
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk lebih mudah, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sekejap sehingga panggilan anda dijawab oleh Khidmat Pelanggan MBSB Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri
  6. Berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Maklumkan Khidmat Pelanggan, anda ada masalah untuk log masuk dan tak boleh reset kata laluan
  8. Jika perlu, Khidmat Pelanggan di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses pengesahan identiti samada anda benar-benar pemilik akaun yang sah
  9. Untuk proses pengesahan identiti ini, sila jawab soalan-soalan yang diberikan dengan tepat
  10. Agak leceh, tapi ini memang salah satu SOP untuk pastikan bahawa anda bukan ‘scammer’ yang cuba menipu
  11. Pihak Khidmat Pelanggan di talian akan membuat proses pengesahan identiti terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Khidmat Pelanggan akan buat semakan
  13. Setelah identiti anda disahkan, Khidmat Pelanggan akan bantu reset kata laluan
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Khidmat Pelanggan membantu menyelesaikan masalah anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah log masuk anda akan diselesaikan oleh Khidmat Pelanggan
  16. Selesai

 

Lepas Berjaya Reset, Login MBSB Bank Semula

Jangan terus rasa senang hati kalau sudah berjaya reset kata laluan MBSB Bank anda melalui https://mjourney.mbsbbank.com.

Pastikan anda log masuk MBSB Bank untuk pastikan masalah ini telah selesai.

Berikut ialah cara untuk login MBSB Bank sekali lagi:

  1. Sila layari Internet Banking MBSB Bank di sini: https://mjourney.mbsbbank.com
  2. Muka hadapan MJourney akan terpapar
  3. Sila login mjourney.mbsbbank.com macam biasa
  4. Pilih M JOURNEY USER > Individual
  5. Isikan Username
  6. Seterusnya, teruskan dengan menekan butang LOGIN
  7. Sila sahkan ‘secure image’ seperti yang terpapar di skrin dan klik ‘I CONFIRM’
  8. Sila sahkan ‘secure phrase’ seperti yang terpapar
  9. Isikan Password
  10. Klik butang LOGIN
  11. Jika tiada ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem MBSB M JOURNEY online
  12. Teruskan dengan urusan perbankan yang dikehendaki seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui MBSB M JOURNEY online
  13. Selesai

 

Kenapa Perlu Reset Semula?

Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin menyebabkan anda perlu buat tetapan semula password MBSB Bank:

  1. Anda memang tak ingat langsung dan telah memasukkan kata laluan yang salah melebihi 3 kali, atau melebihi had yang ditetapkan oleh MBSB Bank
  2. Anda tidak pernah login MBSB Bank beberapa bulan, iaitu melebihi tempoh masa yang ditetapkan
  3. Anda sudah mendaftar, tetapi belum pernah log masuk ke akaun MBSB Bank
  4. Lain-lain sebab yang dinyatakan oleh pihak bank

Anda perlu faham bahawa pihak MBSB Bank sangat mementingkan keselamatan pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini kata laluan setiap beberapa bulan untuk memastikan akaun MBSB Bank tetap selamat.

 

Jangan Salah Reset!

Menetapkan semula kata laluan MBSB Bank itu mudah. Walau bagaimanapun, jangan buat sambil lewa kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jadi, adalah penting untuk mengelakkan kesilapan yang paling kerap berlaku di kalangan pengguna.

  1. Pertama, semak dua kali bahawa anda memasukkan semua maklumat peribadi anda dengan betul semasa membuat pengesahan identiti anda. Ia mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi kesilapan titik, huruf kecil, huruf besar atau kesilapan lain boleh menyebabkan proses penetapan kata laluan ini bermasalah.
  2. Kedua, pastikan bahawa setiap kata laluan baru yang anda cipta memenuhi syarat keselamatan bank. Ini biasanya termasuk mempunyai bilangan aksara tertentu, termasuk nombor dan simbol. Cipta kata laluan baru yang tak pernah digunakan langsung itu bagus. Cuma pastikan anda ingat dan simpan baik-baik dalam otak!

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset kata laluan MBSB Bank ini mudah difahami.

Terakhir, jika sesiapa sahaja menghubungi anda mengatakan mereka dari MBSB Bank dan meminta maklumat peribadi, nombor Kad Pengenalan atau kata laluan, JANGAN PERCAYA!

Pihak MBSB Bank tidak akan meminta maklumat sensitif pelanggan melalui panggilan telefon semata-mata.

Sila hubungi MBSB Bank sendiri untuk mengelakkan penipuan oleh scammer.

Duit hilang nanti, siapa nak bertanggungjawab?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment