Sekali sekala, anda perlu semak baki pinjaman kereta. Bukannya apa, kadang-kadang kita tak sedar sudah berapa lama kita bayar kepada bank. Tengok-tengok dah nak habis bayar. Ada kalanya, bila tak buat direct debit secara automatik pula, kita terlupa nak buat bayaran. Tengok-tengok, kena blacklist dengan bank dan Jabatan Imigresen Malaysia sampai tak boleh ke luar negara pula.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda macam mana nak check balance pinjaman kereta anda supaya tidak terlepas pandang.
Content
Kenapa Perlu Semak Baki Pinjaman Kereta?
Pasti ada yang kata “Buat semakan baki pinjaman kereta je kotttt!. No big deal lahhh!”
Ya, memanglah ini tentang semakan baki car loan sahaja.
Tapi mudaratnya besar kalau kita terlepas pandang bab-bab hutang dengan bank.
- Kalau tak bayar 1-2 bulan, bank akan telefon setiap hari untuk kutip hutang
- Kalau tak bayar lebih 3 bulan, kereta boleh kena tarik
- Bersedialah untuk bersemuka dengan abang-abang Ejen Penarik Kenderaan yang mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
- Malu besar bila orang lain tahu kereta kena tarik akibat kecuaian sendiri.
Apa Prosedur Tarik Kereta?
Mungkin anda salah seorang peminjam yang lewat bayar.
Ya, takut memang takut.
Tapi anda harus ingat.
Walaupun memang dibenarkan menarik kereta yang tidak bayar hutang, Ejen Penarik Kenderaan perlu mengikut undang-undang yang diperuntukkan.
Antaranya ialah:
- Kalau kereta berada dalam rumah yang berpagar, tak dibenarkan tarik kenderaan
- Kalau cuti umum, tidak dibenarkan tarik kenderaan
- Masa yang dibenarkan untuk menarik kereta ialah dari jam 9 pagi hingga 9 malam sahaja
- Si penarik kereta perlu tunjukkan tuan punya kereta surat arahan tarik kereta daripada bank
- Si penarik kereta juga perlu tunjukkan kepada tuan punya kereta surat perintah mahkamah jika kereta itu telah buat bayaran 75% daripada pinjaman keseluruhan
- Tidak boleh menggunakan kekerasan
- Mesti berpakaian kemas dan bersikap profesional
- Perlu buat laporan polis serta merta untuk menunjukkan prosedur tarik kereta dibuat atas undang-undang yang sah
Ngeri kan?
Lebih baik bayar daripada berhadapan dengan perkara begini.
Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Online
Memandangkan ada banyak bank yang menawarkan pinjaman kenderaan, kaedah semakan dan pembayaran juga berbeza-beza.
Berikut ialah langkah-langkah untuk semak baki pinjaman kereta yang lebih terperinci mengikut bank:
No | Bank | No Tel |
1 | Maybank | 1-300-88-6688 |
2 | CIMB Bank | 03-6204 7788 |
3 | Public Bank | 1-800 22 7777 |
4 | RHB Bank | 03-9206 8118 |
5 | Hong Leong Bank | 03-7626 8899 |
6 | AmBank | 03-2178 8888 |
7 | UOB Bank | – |
8 | Bank Rakyat | 1-300 80 5454 |
9 | OCBC Bank | – |
10 | HSBC Bank | – |
11 | Affin Bank | 03-2055 9000 |
12 | Bank Islam | 03-26 900 900 |
13 | Standard Chartered Bank | – |
14 | Citibank | – |
15 | Bank Simpanan Nasional | 1-300 88 1900 |
16 | Bank Muamalat | 03-2600 5500 |
17 | Alliance Bank | – |
18 | Agrobank | – |
19 | Al-Rajhi Bank | – |
20 | MBSB Bank | – |
21 | Co-opbank Pertama | – |
22 | Kuwait Finance House | – |
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki pinjaman kereta ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.
Kalau ada duit lebih dan baki dah tak banyak, boleh buat full settlement pinjaman kereta supaya tak perlu berhutang lagi.
Semoga bermanfaat.