Semak Baki Pinjaman Kereta Bank Islam Online (bankislam.biz)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Bank Islam sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Bank Islam?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Bank Islam Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Bank Islam melalui Perbankan Internet:

  1. Pergi ke laman web Bank Islam online banking di sini: https://www.bankislam.biz/
  2. Halaman utama web akan dipaparkan
  3. Tekan butang INTERNET BANKING LOGIN
  4. Login bankislam.biz seperti biasa
  5. Isikan USER ID
  6. Tekan butang LOGIN
  7. Buat pengesahan Private Image dan Private Word
  8. Tekan butang Yes
  9. Isi PASSWORD
  10. Klik LOGIN
  11. Laman profil akan keluar
  12. Tekan menu Payments / Services
  13. Tekan Financing
  14. Pilih Financing Account
  15. Klik Submit
  16. Baki loan kereta Bank Islam akan terpapar
  17. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Bank Islam

Kalau malas nak masuk internet banking Bank Islam atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Bank Islam.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Bank Islam melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi Contact Centre Bank Islam di talian 03-26 900 900
  2. Tunggu sebentar sementara panggilan diangkat
  3. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu sebentar
  6. Setelah panggilan berjaya disambung, perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  7. Berikan segala butiran yang diperlukan
  8. Tunggu seketika
  9. Permintaan sedang diproses
  10. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  11. Sila catat atau simpan jika perlu
  12. Selesai

 

Boleh Buat Semakan Pinjaman Kereta Bank Islam Tanpa Akaun bankislam.biz?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch Bank Islam untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan Bank Islam.

Kalau ada apa-apa masalah,  boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran
  2. Ambil nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk sementara menunggu giliran
  4. Pergi ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
  5. Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Serahkan semua maklumat dan butiran yang diminta
  7. Tunggu sekejap
  8. Permintaan sedang dijalankan
  9. Maklumat baki pinjaman kereta akan diberitahu
  10. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata Bank Islam sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Bank Islam ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Bank Islam.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Bank Islam, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan Bank Islam dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Bank Islam dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment