Sebenarnya, nak semak baki pinjaman kereta Bank Islam melalui SMS ini, boleh atau tidak? Adakah semudah nak semak saman PDRM dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kereta sahaja?
Jangan risau, kami dah buat research. Kami akan kongsikan apa yang kami tahu. Jom kita check sama-sama.
Content
Semak baki pinjaman kereta Bank Islam melalui SMS, boleh ke tak?
Jawapan pendek, TIDAK BOLEH.
Jujur kami cakap.
Kami dah cuba cari maklumat berkenaan semakan pinjaman guna SMS melalui laman web rasmi Bank Islam.
Malangnya, memang tak ada. Tak jumpa.
Walaupun tidak boleh check baki pinjaman kereta Bank Islam menggunakan SMS, kami masih boleh berikan alternatif.
Anda boleh semak baki pinjaman kereta Bank Islam online.
Macam mana nak semak baki pinjaman kereta Bank Islam online?
Mudah sahaja.
Yang paling utama, pastikan anda masih ada akses ke Internet Banking Bank Islam terlebih dahulu.
Andai kata tak ingat kata laluan, boleh cuba reset password Bank Islam.
Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan Perbankan Internet Bank Islam di sini: https://www.bankislam.biz
- Halaman utama web akan dipaparkan
- Tekan butang INTERNET BANKING LOGIN
- Login bankislam.biz seperti biasa
- Isikan USER ID
- Tekan butang LOGIN
- Buat pengesahan Private Image dan Private Word
- Tekan butang Yes
- Isi PASSWORD
- Klik LOGIN
- Laman profil akan keluar
- Tekan menu Payments / Services
- Tekan Financing
- Pilih Financing Account
- Klik Submit
- Pilih akaun pinjaman kereta anda
- Baki pinjaman kereta Bank Islam akan terpapar
- Jika masih belum bayar, sila bayar baki pinjaman kereta Bank Islam yang tertunggak
- Simpan resit bayaran
- Jika perlu, catat baki amaun yang tertera untuk rekod simpanan sendiri
- Selesai
Kalau balance car loan Bank Islam tinggal sikit, boleh bayar habis tak?
Jawapannya, BOLEH.
Contohnya, selepas anda buat semakan, anda lihat baki pinjaman kereta tinggal RM6,000 sahaja.
Katakan bulan-bulan, anda perlu bayar RM500.
Anda ada lagi 12 bulan untuk langsaikan hutang bank.
Tapi kalau anda ada duit lebih sebanyak RM6,000, anda boleh terus selesaikan hutang kereta Bank Islam ini.
Prosedurnya tidaklah susah mana.
Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca ada tulis panjang lebar tentang cara untuk buat full settlement loan kereta Bank Islam.
Yang penting, selepas habis bayar nanti, jangan lupa dapatkan surat pelepasan daripada Bank Islam.
Ini adalah bukti yang menunjukkan pihak Bank Islam melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.
Kalau dah ada surat pelepasan itu nanti, jangan terlupa buat satu lagi prosedur penting iaitu e-Batal JPJ.
e-Batal ini adalah satu prosedur di mana pihak JPJ akan mengeluarkan nama bank daripada geran kereta anda.
Selagi tak tukar, selagi itulah nama pemilik kereta ialah nama bank.
Ada masalah atau pertanyaan lain tentang pinjaman kereta Bank Islam?
Sekiranya apa yang kami terangkan ini masih lagi tidak jelas, kami sarankan anda hubungi Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan jawapan.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buat panggilan ke Bank Islam di talian 03-26 900 900
- Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
- Ikut arahan yang diberikan
- Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman Kenderaan atau Hire Purchase Bank Islam
- Tunggu sehingga dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas
- Tanya pegawai khidmat pelanggan tersebut soalan berkenaan pinjaman kenderaan yang anda mahu tahu
- Selesai
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsikan berkenaan cara semak baki pinjaman kereta Bank Islam melalui SMS ini akan memudahkan urusan anda.
Walaupun tidak boleh buat semakan melalui SMS, setidak-tidaknya anda boleh check baki secara online.
Semoga urusan hutang piutang anda dengan bank dapat diselesaikan dengan segera.
Semoga bermanfaat.