Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Bank Muamalat sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Bank Muamalat?
Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.
Content
Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Bank Muamalat Online
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Bank Muamalat melalui Perbankan Internet:
- Pergi ke laman web Bank Muamalat online banking di sini: https://www.i-muamalat.com.my/
- Laman utama web akan keluar
- Log masuk i-muamalat.com.my seperti biasa
- Penuhkan ruang Username
- Klik butang Next
- Sahkan Chosen Image
- Penuhkan Password
- Klik butang Login
- Jika sudah berjaya masuk, klik menu Payments
- Klik Other Payments
- Baki pinjaman kereta akan tertera
- Selesai
Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Bank Muamalat
Kalau malas nak masuk Internet Banking Bank Muamalat atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Bank Muamalat.
Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Bank Muamalat melalui SMS.
Sebab memang tak ada.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Hubungi Customer Care Bank Muamalat di talian 03-2600 5500
- Tunggu sebentar sehingga panggilan dijawab
- Beritahu nama dan tujuan adalah untuk check baki pinjaman kereta
- Tunggu sebentar
- Panggilan sedang disambungkan ke bahagian berkenaan
- Jika panggilan sudah dijawab, beritahu nama dan tujuan sekali lagi
- Serahkan semua butiran dan maklumat yang diperlukan
- Tunggu seketika
- Permintaan sedang diproses
- Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
- Selesai
Boleh Buat Semakan Baki Pinjaman Kereta Tanpa Akaun i-Muamalat?
Boleh.
Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch Bank Muamalat untuk check balance loan kereta anda.
Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan Bank Muamalat.
Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.
Boleh ikuti panduan berikut:
- Kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran
- Dapatkan nombor giliran
- Ambil tempat duduk
- Tunggu seketika
- Apabila nombor giliran sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
- Beritahu tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
- Berikan apa-apa maklumat dan butiran yang diminta
- Tunggu seketika
- Permintaan sedang dilaksanakan
- Baki pinjaman kereta akan diberitahu
- Selesai
Jangan lupa minta pegawai ban cetak penyata Bank Muamalat sekali.
Mudah untuk rujuk nanti.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Bank Muamalat ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.
Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Bank Muamalat.
Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Bank Muamalat , boleh minta diskaun.
Hati pun lega, hutang dengan Bank Muamalat dah habis.
Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Bank Muamalat dahulu.
Takut-takut tak ada diskaun.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga bermanfaat.