Semak Baki Pinjaman Kereta Public Bank Online (pbebank.com)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Public Bank sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Public Bank?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Public Bank Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Public Bank melalui Perbankan Internet:

  1. Pergi ke laman web Public Bank online banking di sini: https://www.pbebank.com/
  2. Laman utama web akan keluar
  3. Tekan pada bahagian Login
  4. Log masuk pbebank.com seperti biasa
  5. Masukkan User ID
  6. Tekan Next
  7. Isi Password
  8. Tekan Login
  9. Profil akaun anda akan dipaparkan
  10. Klik pada menu Account
  11. Klik Loan / Financing
  12. Baki loan kereta Public Bank akan terpapar
  13. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Public Bank

Kalau malas nak masuk internet banking Public Bank atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Public Bank.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Public Bank melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi talian 1-800 22 7777 untuk bercakap dengan Bahagian Pembelian / Pinjaman Kenderaan Public Bank
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan diangkat
  3. Beritahu nama dan maklumkan tujuan adalah untuk check baki pinjaman kereta
  4. Tunggu sekejap sementara panggilan disambung ke bahagian berkenaan
  5. Jika panggilan berjaya disambungkan, beritahu nama dan tujuan sekali lagi
  6. Berikan semua maklumat atau butiran yang diminta
  7. Tunggu sekejap sementara permintaan sedang dijalankan
  8. Baki loan kereta akan dimaklumkan
  9. Sila catat atau rekod jika perlu
  10. Selesai

 

Boleh Buat Semakan Pinjaman Kereta Public Bank Tanpa Akaun pbebank?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch Public Bank untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan Public Bank.

Kalau ada apa-apa masalah,  boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Public Bank yang tersedia di kawasan berdekatan
  2. Ambil nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk sementara menunggu nombor dipanggil
  4. Terus ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
  5. Nyatakan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Serahkan segala butiran atau maklumat yang diperlukan oleh kakitangan bertugas
  7. Tunggu sekejap untuk permintaan dilakukan
  8. Maklumat baki pinjaman kereta akan diberitahu
  9. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata Public Bank sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Public Bank ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Public Bank.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Public Bank, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan Public Bank dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Public Bank dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment