Sebenarnya, nak semak baki pinjaman kereta Public Bank melalui SMS ini, boleh atau tidak? Adakah semudah nak semak saman PDRM dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kereta sahaja?
Jangan risau, kami dah buat research. Kami akan kongsikan apa yang kami tahu. Jom kita check sama-sama.
Content
Semak baki pinjaman kereta Public Bank melalui SMS, boleh ke tak?
Jawapan pendek, TIDAK BOLEH.
Jujur kami cakap.
Kami dah cuba cari maklumat berkenaan semakan pinjaman guna SMS melalui laman web rasmi Public Bank.
Malangnya, memang tak ada. Tak jumpa.
Walaupun tidak boleh check baki pinjaman kereta Public Bank menggunakan SMS, kami masih boleh berikan alternatif.
Anda boleh semak baki pinjaman kereta Public Bank online.
Macam mana nak semak baki pinjaman kereta Public Bank online?
Mudah sahaja.
Yang paling utama, pastikan anda masih ada akses ke Internet Banking Public Bank
terlebih dahulu.
Andai kata tak ingat kata laluan, boleh cuba reset password Public Bank.
Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan Perbankan Internet Public Bank di sini: https://www.pbebank.com
- Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet PBe
- Tekan pada bahagian Login
- Log masuk pbebank.com seperti biasa
- Masukkan User ID
- Tekan Next
- Isi Password
- Tekan Login
- Profil akaun anda akan dipaparkan
- Klik pada menu Account
- Klik Loan / Financing
- Pilih akaun pinjaman kereta anda
- Baki pinjaman kereta Public Bank akan terpapar
- Jika masih belum bayar, sila bayar baki pinjaman kereta Public Bank yang tertunggak
- Simpan resit bayaran
- Jika perlu, catat baki amaun yang tertera untuk rekod simpanan sendiri
- Selesai
Kalau balance car loan Public Bank tinggal sikit, boleh bayar habis tak?
Jawapannya, BOLEH.
Contohnya, selepas anda buat semakan, anda lihat baki pinjaman kereta tinggal RM6,000 sahaja.
Katakan bulan-bulan, anda perlu bayar RM500.
Anda ada lagi 12 bulan untuk langsaikan hutang bank.
Tapi kalau anda ada duit lebih sebanyak RM6,000, anda boleh terus selesaikan hutang kereta Public Bank
ini.
Prosedurnya tidaklah susah mana.
Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca ada tulis panjang lebar tentang cara untuk buat full settlement loan kereta Public Bank.
Yang penting, selepas habis bayar nanti, jangan lupa dapatkan surat pelepasan daripada Public Bank.
Ini adalah bukti yang menunjukkan pihak Public Bank melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.
Kalau dah ada surat pelepasan itu nanti, jangan terlupa buat satu lagi prosedur penting iaitu e-Batal JPJ.
e-Batal ini adalah satu prosedur di mana pihak JPJ akan mengeluarkan nama bank daripada geran kereta anda.
Selagi tak tukar, selagi itulah nama pemilik kereta ialah nama bank.
Ada masalah atau pertanyaan lain tentang pinjaman kereta Public Bank?
Sekiranya apa yang kami terangkan ini masih lagi tidak jelas, kami sarankan anda hubungi Khidmat Pelanggan Public Bank untuk mendapatkan jawapan.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buat panggilan ke Public Bank di talian 1-800-22-7777
- Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
- Ikut arahan yang diberikan
- Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman Kenderaan atau Hire Purchase Public Bank
- Tunggu sehingga dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas
- Tanya pegawai khidmat pelanggan tersebut soalan berkenaan pinjaman kenderaan yang anda mahu tahu
- Selesai
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsikan berkenaan cara semak baki pinjaman kereta Public Bank melalui SMS ini akan memudahkan urusan anda.
Walaupun tidak boleh buat semakan melalui SMS, setidak-tidaknya anda boleh check baki secara online.
Semoga urusan hutang piutang anda dengan bank dapat diselesaikan dengan segera.
Semoga bermanfaat.