Cara Buat Full Settlement Loan Kereta Public Bank

Adakah anda baru sahaja bercadang nak buat full settlement loan kereta Public Bank yang anda tengah bayar setiap bulan sekarang? Kalau ya, mesti sebab dah tak nak pening-pening lagi nak bayar bulan-bulan pada Public Bank kan? Tak kiralah anda baru dapat bonus atau apa-apa duit terpijak, tindakan untuk bayar habis hutang kereta ini memang bijak.

Oleh kerana ramai yang tak tahu macam mana nak buat full settlement dengan Public Bank ini, kami akan kongsikan cara-caranya. Jom kita check sama-sama.

Apa itu Full-Settlement?

Sebelum itu, kami nak kongsikan maksudnya.

Full settlement itu perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Kalau dalam Bahasa Melayu, maknanya ialah “bayar habis”.

Langsaikan semua hutang dengan Public Bank yang bagi kita pinjam duit.

Sehinggalah dah tak ada lagi hutang dah dengan Public Bank.

Bebas!

 

Cara Buat Full Settlement Public Bank

Ini hanyalah sekadar panduan umum sahaja yang berpandukan maklumat-maklumat asas yang kami tahu.

Sekiranya ada yang terlepas pandang, boleh maklumkan kepada kami.

1. Pertama, Sebelum Buat Full Settlement Kereta Public Bank, Semak Baki Secara Online Dulu

Kalau baki tinggal beberapa ratus sahaja, tak kisahlah nak buat pembayaran atas talian..

Tapi kalau masih puluh-puluh ribu, jangan.

Tersalah transfer ke Public Bank nanti, bahaya.

Lagipun, langsaikan hutang kereta Public Bank bukan semudah buat pindahan wang begitu sahaja.

Ada prosedur-prosedur tertentu seperti pemindahan pemilikan daripada Public Bank kepada si peminjam.

Apa-pun, sebelum buat pembayaran apa-apa, kami sarankan anda check balance loan kereta Public Bank anda terlebih dahulu.

Dengan berbuat begini, anda boleh rancang berapa lagi baki yang perlu dibayar.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik Perbankan Internet rasmi Public Bank di sini: https://www.pbebank.com/ atau https://pbebank.com.my
  2. Laman utama web akan keluar
  3. Tekan pada bahagian Login
  4. Log masuk pbebank.com seperti biasa
  5. Masukkan User ID
  6. Tekan Next
  7. Masukkan Password
  8. Teruskan dengan menekan butang Login
  9. Profil akaun anda akan dipaparkan
  10. Klik pada menu Account
  11. Klik Loan / Financing
  12. Baki pinjaman kereta Public Bank akan dipaparkan di skrin
  13. Sila screenshot untuk simpanan dan rujukan pada masa akan datang
  14. Selesai

 

2. Kedua, Kalau Tak Boleh Semak Baki Pinjaman Online, Call Public Bank Hotline

Kalau anda jenis yang lebih suka bercakap di telefon kerana boleh tanya macam-macam, lebih baik hubungi customer service Public Bank.

Lagipun, kalau ada masalah login Public Bank online banking, boleh minta tolong mereka selesaikan.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Ingat balik, bank cawangan mana yang anda buat loan kereta
  2. Kalau terlupa, hubungi hotline Public Bank di talian 1-800-22-7777
  3. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
  4. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  5. Maklumkan tujuan anda buat panggilan adalah untuk bertanya tentang full settlement kereta

Berikan nombor plat kenderaan anda atau nombor akaun Hire Purchase anda
  6. Pegawai bank akan buat semakan
  7. Baki loan kereta anda akan diberitahu

Tanya pegawai bagaimana cara untuk buat early settlement
  8. Tanya samada boleh guna bank transfer atau bayar menggunakan cheque

T
  9. anya lagi apa dokumen yang perlu dibawa ke bank untuk buat pembayaran
  10. 

Catat semua maklumat penting yang diberikan
  11. Buat persediaan dan kumpulkan semua dokumen yang diperlukan

Hadirkan diri ke cawangan bank tersebut
  12. Selesai

 

3. Ketiga, Datang Ke Cawangan Untuk Buat Full Settlement Loan Kereta Public Bank
Anda

Ya.

Jalan terbaik ialah hadirkan diri ke mana-mana cawangan Public Bank.

Kalau ada masalah atau pertanyaan tentang prosedur pembayaran hutang Public Bank, jangan segan silu tanya pegawai.

Prosedur pindah milik kenderaan ini melibatkan beberapa pihak. Antaranya, pihak Public Bank, peminjam dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Datang ke Public Bank Auto Finance Centre atau Hire Puchase berdekatan
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Duduk di kerusi yang disediakan
  4. Tunggu sebentar
  5. Jika nombor giliran dipanggil, pergi ke kaunter yang dinyatakan
  6. Beritahu tujuan adalah untuk buat full settlement pinjaman kereta
  7. Berikan nombor plat kereta atau nombor akaun Hire Purchase
  8. Serahkan semua dokumen yang berkaitan

Tunggu pegawai bank melakukan semakan
  9. Baki pinjaman kereta anda yang perlu dilangsaikan akan dimaklumkan
  10. Selesai

 

Apa Kebaikan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta Public Bank?

Pasti ada yang tertanya-tanya, “Apa kebaikannya bayar loan Public Bank awal?”.

“Kalau Public Bank dah bagi pinjaman beli kereta, gunalah. Tak payahlah bayar habis lagi. Bayarlah bulan-bulan.”

Betul, memang logik dan memang bagus kalau bayar sikit-sikit setiap bulan.

Tapi hakikatnya, Public Bank TAK SUKA kalau ada peminjam nak buat full settlement.

Kenapa?

Mari sini kami cerita.

Kalau perasan, bila anda semak penyata pinjaman kereta Public Bank anda, mesti nampak baki macam tak berkurangan.

Katakan hutang kereta RM50,000. Bayar bulan-bulan RM500.

Kalau tiap-tiap bulan bayar RM500, dalam setahun atau 12 bulan, anda sudah bayar RM6000.

Tapi lepas setahun, bila tengok statement loan, baki pinjaman baru berkurang RM2,000.

Masih ada baki loan sebanyak RM48,000.

Bayar banyak-banyak, baru turun sedikit?

Kenapa?

Itulah namanya interest, wahai Tuan-tuan dan Puan-puan.

“Alahh, menipu je kiraan bayaran hutang Public Bank tu. Bukan betul pun.”

Tuan-tuan dan Puan-puan, ini hanya kiraan lebih kurang sahaja.

Tanpa kalkulator.

Kami buat contoh untuk senang faham sahaja.

Sekadar nak bagi sedikit idea.

 

Masih Tak Fahamlah, Boleh Bagi Contoh Berkaitan Early Settlement Public Bank?

Baiklah.

Ini senario pertama.

Katakan anda buat loan kereta Public Bank selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 30 bulan.

Jadi, masih berbaki 54 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 30, anda boleh dapat diskaun atau rebat dalam lebih kurang RM4,000.

Ini pula senario kedua.

Katakan anda buat loan selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 60 bulan.

Jadi, masih berbaki 24 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 60, anda hanya akan dapat diskaun atau rebat sebanyak lebih kurang RM800 sahaja.

Rugi kan?

Lebih baik bayar awal.

Hutang pun jadi sedikit.

Simple kan?

Sekarang dah boleh dapat pegang geran kereta sendiri.

Kalau sebelum ini Public Bank yang pegang, saat kita selesaikan urusan di cawangan, pegawai akan serahkan geran tersebut pada kita.

Tak perlu berhutang lagi dengan Public Bank.

Tak perlu bayar interest lagi pada Public Bank.

Betul-betul bebas hutang, kecuali ada buat pinjaman perumahan Public Bank yang masih belum langsai.

Itu tak apa.

Perlahan-lahan kasi settle.

 

Apa Pula Keburukan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta Public Bank?

Rasanya, satu sahaja iaitu kena keluarkan duit sekelepuk.

Anda perlu sediakan duit dalam amaun yang besar semata-mata untuk habiskan hutang pinjaman kereta Public Bank.

Itu sahaja.

Tapi kalau anda ada duit lebih, tapi tak suka nak bayar habis hutang kereta, lebih baik buat penyelesaian baki pinjaman perumahan Public Bank.

Itu kalau sudah ada rumah.

Kalau belum, boleh juga guna untuk buat deposit pinjaman perumahan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara buat full settlement loan kereta Public Bank ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Pasti hati akan lega apabila sudah habis bayar hutang kereta dengan Public Bank.

Teknik seperti ini lebih kurang sama sahaja dengan full settlement housing loan Public Bank
dan juga full settlement personal loan Public Bank.

Asalkan ada duit lebih, bayar sahaja untuk jimatkan bayaran faedah pada Public Bank.

Public Bank pun suka kita dah tak ada hutang dengan dia.

Kita pun happy sebab dah bebas hutang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment