Cara Muat Turun & Cetak Penyata Akaun Public Bank

Tengah cari cara nak cetak penyata Public Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara Cetak Penyata Public Bank Online

Untuk dapatkan penyata Public Bank, kau perlu ada Internet Banking Public Bank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Public Bank.

  1. Pergi ke website Public Bank di sini: https://www.pbebank.com
  2. Jika anda taip https://www.pbebank.com.my, anda juga akan dibawa ke https://pbebank.com juga
  3. Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking Public Bank
  4. Login pbebank.com seperti biasa
  5. Masukkan User ID
  6. Sahkan frasa Personal Login Phrase seperti yang terpapar
  7. Masukkan Password
  8. Tekan Login
  9. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard PBE Bank
  10. Klik pada menu Account
  11. Klik Statement.
  12. Pilih e-Statement.
  13. Pilih akaun bank yang dikehendaki
  14. Klik Berikutnya
  15. Klik Statement Date
  16. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  17. Download statement Public Bank tersebut
  18. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  19. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  20. Tekan butang Print
  21. Selesai

Kalau baki duit simpanan Public Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini Public Bank di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Public Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Tapi kau boleh cuba di ATM Public Bank dulu.

Ikut langkah-langkah umum ini:

  1. Masukkan kad ATM Public Bank
  2. Masukkan PIN
  3. Cuba godek-godek cari paparan Penyata Mini atau Mini Statement
  4. Tekan Penyata Mini atau Mini Statement tersebut
  5. Tunggu sebentar
  6. Kertas resit kecil akan keluar
  7. Lihat transaksi terkini
  8. Selesai

Simpan elok-elok kertas kecil tersebut.

Jangan terus buang dalam tong sampah.

Manalah tahu nak guna untuk buat rujukan.

 

Nak Download Penyata Guna Apps PB Engage MY Boleh Tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Public Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web Public Bank
pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app Public Bank
sendiri.

  • Bagi pengguna iPhone, muat turun PB engage MY melalui Apple App Store
  • Bagi pengguna Android, muat turun PB engage MY melalui Google Play

 

Penting ke Penyata Akaun Public Bank Terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Public Bank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Public Bank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata Public Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini Public Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement Public Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment