Cara Print Statement Public Bank Online (pbebank.com)

Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak download dan print statement Public Bank kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

Cara Print Statement Public Bank Online

Pertama sekali, untuk dapatkan penyata Public Bank, kau perlu ada Internet Banking Public Bank.

Kalau tidak, memang takkan dapat sampai bila-bila.

Kalau belum register, sila daftar PBE Bank terlebih dahulu.

Kalau sudah, ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement Public Bank.

  1. Layari laman web rasmi Public Bank di sini: https://www.pbebank.com
  2. Kalau kau taip https://www.pbebank.com.my, kau juga akan dibawa ke https://pbebank.com
  3. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet Public Bank
  4. Login pbebank.com seperti biasa
  5. Masukkan User ID
  6. Sahkan frasa Personal Login Phrase seperti yang terpapar
  7. Masukkan Password
  8. Tekan Login
  9. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard PBE Bank
  10. Klik pada menu Account
  11. Klik Statement.
  12. Pilih e-Statement.
  13. Pilih akaun bank yang dikehendaki
  14. Klik Berikutnya
  15. Klik Statement Date
  16. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  17. Download statement Public Bank tersebut
  18. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  19. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  20. Tekan butang Print
  21. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Public Bank kau yang tak berapa banyak itu.

 

Ada Cara Print Mini Statement Public Bank di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Public Bank melalui ATM.

Selalunya, penyata ini dipanggil penyata mini Public Bank.

Walaupun ia penyata, kau tak boleh gunakan sebagai dokumen sokongan untuk apa-apa permohonan.

Ini kerana penyata mini atau mini statement ini hanyalah sekadar cetakan pada kertas kecil yang menunjukkan transaksi terkini.

Oleh kerana aku tak ada akaun Public Bank, aku tak boleh nak kongsikan dengan lebih terperinci.

Aku hanya boleh berikan panduan umum sahaja.

Ikut langkah-langkah ini:

  1. Masukkan kad ATM Public Bank
  2. Masukkan PIN
  3. Cuba godek-godek cari paparan Penyata Mini atau Mini Statement
  4. Tekan Penyata Mini atau Mini Statement tersebut
  5. Tunggu sebentar
  6. Kertas resit kecil akan keluar
  7. Lihat transaksi terkini
  8. Selesai

Simpan elok-elok kertas kecil tersebut.

Jangan terus buang dalam tong sampah.

Manalah tahu nak guna untuk buat rujukan.

 

Boleh Download Penyata Guna App PB engage MY?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide Public Bank ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps Public Bank, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Public Bank guna apps iPhone dan Android.

Ramai yang bagi review teruk pada aplikasi PB engage MY ini.

Aku pun tak berani nak komen lebih-lebih.

Kau cubalah sendiri.

 

Kenapa Perlu Statement Public Bank Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Public Bank.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Public Bank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Public Bank yang patuh syariah.

Ini kerana bank-bank seperti Public Bank perlu mengesahkan pendapatan kau.

Takkan Public Bank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi Public Bank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Public Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Aku doakan agar permohonan kau yang memerlukan penyata Public Bank sebagai dokumen sokongan ini akan dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment