Pinjaman Peribadi Public Bank 2023 (Patuh Syariah)

Public Bank adalah salah satu bank yang tidak asing lagi di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa pinjaman peribadi Public Bank turut ditawarkan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Kalau selama ini anda memang tidak tahu jenis pelan pinjaman peribadi macam mana yang disediakan oleh Public Bank.

Sekarang tidak lagi.

Ini kerana kami akan senaraikan beberapa jenis pelan pinjaman dari Public Bank untuk diutarakan kepada anda melalui penulisan ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Public Bank

Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman peribadi Public Bank yang disediakan.

1. Pinjaman peribadi Public Bank BAE Personal Financing-i

Pelan pinjaman ini adalah berlandaskan syariah yang berkonsepkan Bai’ Al-Inah dan Wa’d. Pinjaman ini adalah tidak bercagar dan terbuka kepada kakitangan agensi kerajaan. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam dalam amaun minimum RM5,000 sehingga mencecah RM150,000.

Selain itu, anda akan diberikan tempoh pinjaman sekitar 2 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan di antara 3.99% sehingga 4.45% setahun. Walau bagaimanapun, pelan ini tidak sesuai untuk mereka yang memerlukan pinjaman wang dalam kadar segera kerana tempoh kelulusan yang diberikan akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu waktu bekerja.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 3.99% hingga 4.45% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 sehingga RM150,000

Sektor pekerjaan

Kakitangan agensi kerajaan

Kelayakan

  • Minimum umur 20 tahun hingga 60 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500

Tempoh kelulusan

1 hingga 2 minggu waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 20 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Pekerja tetap dengan 3 tahun perkhidmatan.
  • Potongan terus daripada gaji pekerja untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank.
  • Menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1,500.
  • Digalakkan mengambil perlindungan Takaful.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 atau 6 bulan terkini.
  • Penyata kWSP.
  • Penyata, borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata EA terkini (jika berkaitan).
  • Sijil pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).

PERHATIAN

  • Keperluan bagi setiap dokumen tambahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Public Bank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BAE Personal Financing-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik menggunakan kaedah potongan gaji bulanan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Public Bank ini?

Anda boleh mohon secara walk-in dengan mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank atau Public Islamic Bank berhampiran anda.

 

2. BAE AG Personal Financing-i

Pelan ini turut ditawarkan oleh kakitangan agensi kerajaan yang memerlukan dan layak memohon. Pinjaman peribadi ini tidak memerlukan jaminan dan cagaran serta patuh syariah. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam bermula RM5,000 sehingga RM150,000 dengan tempoh pinjaman sekitar 2 tahun sehingga 10 tahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 –

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Kakitangan agensi kerajaan
  • Kakitangan bukan kerajaan persekutuan
  • Kakitangan bukan kerajaan negeri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 20 tahun hingga 58 tahun
  • Pendapatan sebulan RM1,500
  • Pendapatan sebulan RM3,000 (jika berkaitan)

Tempoh kelulusan

1 hingga 2 minggu waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 20 tahun sehingga 58 tahun.
  • Potongan terus daripada gaji pekerja untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank.
  • Pekerja tetap dengan perkhidmatan minimum 1 tahun.
  • Pekerja tetap dengan perkhidmatan minimum 2 tahun (jika berkaitan).
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,500.
  • Pendapatan bulanan minimum RM3,000 (jika berkaitan).
  • Digalakkan untuk mengambil perlindungan Takaful.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 atau 6 bulan terkini.
  • Penyata kWSP.
  • Penyata, borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata EA terkini (jika berkaitan).
  • Sijil pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).

PERHATIAN

  • Keperluan bagi setiap dokumen tambahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Public Bank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi BAE AG Personal Financing-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik menggunakan kaedah potongan gaji melalui perkhidmatan Biro Angkasa.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh terus hadir di mana-mana cawangan Public Bank atau Public Islamic Bank yang ada berhampiran anda.

 

3. Pinjaman peribadi Public Bank PLUS BAE Personal Financing-i

Pinjaman peribadi ini adalah ditawarkan khas untuk pelanggan Public Islamic Bank yang sedia ada dengan rekod pembayaran yang baik. Pinjaman ini juga adalah tidak bercagar dan tidak memerlukan penjamin serta menggunakan konsep syariah seperti Bai’ Al-Inah dan Wa’d.

Melalui pinjaman ini, mereka yang layak boleh meminjam bermula RM10,000 sehingga RM150,000 dengan tempoh pinjaman sekitar 2 tahun sehingga 10 tahun. Kadar kentungan berkontrak pula adalah sebanyak 4%. Selain itu, pelan ini memberikan pilihan kumpulan perlindungan Takaful yang berbeza.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Berkontrak sebanyak 4%
Tempoh pinjaman 2 tahun sehingga 10 tahun
Jumlah pinjaman RM10,000 sehingga RM150,000
Sektor pekerjaan Pelanggan sedia ada Public Bank atau Public Islamic Bank
Kelayakan
  • Pelanggan sedia ada Public Islamic Bank
  • Pelanggan Public Bank dengan rekod pembayaran yang baik
Tempoh kelulusan 1 hingga 2 minggu waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah:

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Pelanggan sedia ada Public Islamic Bank.
  • Pelanggan Public Bank dengan rekod pembayaran yang baik.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman ini:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 atau 6 bulan terkini.
  • Penyata kWSP.
  • Penyata, borang dan resit berkaitan cukai (jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata EA terkini (jika berkaitan).
  • Sijil pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).

PERHATIAN

  • Keperluan bagi setiap dokumen tambahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Public Bank.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi PLUS BAE Personal Financing-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik bagi pinjaman ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut.

 

Di mana boleh memohon pinjaman Public Bank ini?

Anda boleh memohon pinjaman peribadi ini dengan melawati mana-mana cawangan Public Bank atau Public Islamic Bank berhampiran anda.

 

Akhir kata

Sampai di sini sahaja informasi yang dapat kami sediakan untuk anda. Diharapkan perkongsian mengenai pinjaman peribadi Public Bank ini, dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman anda untuk apa juga keadaan dan keperluan anda.

Apa-apa pun jangan lupa untuk selesaikan hutang pinjaman anda dengan konsisten. Bila bayaran cantik, rekod kewangan anda pun akan baik dan nak buat apa-apa pinjaman lain selepas ini akan jadi mudah.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Pinjaman Peribadi Public Bank 2023 (Patuh Syariah)”

Leave a Comment