Semak Baki Pinjaman Kereta Hong Leong Bank (hongleongconnect.my)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Hong Leong Bank sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Hong Leong Bank?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Hong Leong Bank Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Hong Leong Bank melalui Perbankan Internet:

  1. Pergi ke laman web Hong Leong Bank online banking di sini: https://s.hongleongconnect.my/
  2. Halaman utama web akan terpapar
  3. Log masuk hongleongconnect.my seperti biasa
  4. Isi Username
  5. Klik Next
  6. Buat pengesahan Security Picture dengan tanda pada kotak Yes, this is my security picture
  7. Masukkan Password
  8. Klik Login
  9. Setelah log masuk, lihat pada laman utama akaun dan tekan menu Pay & Transaction
  10. Tekan Loan / Financing Payment
  11. Tekan Vehicle Loan
  12. Baki pinjaman kereta atau kenderaan Hong Leong Bank anda akan keluar
  13. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Hong Leong Bank

Kalau malas nak masuk internet banking Hong Leong Bank atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Hong Leong Bank.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Hong Leong Bank melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi talian 03-7626 8899 atau 03-7959 1888 untuk bercakap dengan pihak Hong Leong Bank
  2. Tunggu sebentar
  3. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri dan beritahu tujuan adalah untuk semak baki loan kereta
  4. Tunggu sebentar
  5. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkenaan
  6. Apabila panggilan sudah disambung, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
  7. Berikan semua maklumat dan butiran yang diperlukan oleh pihak bank
  8. Tunggu seketika sementara permintaan sedang disemak
  9. Maklumat baki loan kereta akan diberikan
  10. Sila catat atau rekod untuk rujukan jika perlu
  11. Selesai

 

Boleh Check Car Loan Hong Leong Bank Tanpa Akaun hongleongconnect?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch Hong Leong Bank untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan Hong Leong Bank.

Kalau ada apa-apa masalah,  boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk sementara menunggu giliran tiba
  4. Apabila nombor sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang dinyatakan
  5. Maklumkan tujuan nak cek baki pinjaman kereta
  6. Berikan maklumat atau butiran yang diperlukan oleh kakitangan bertugas
  7. Tunggu sebentar sementara permintaan diproses
  8. Baki pinjaman kereta akan diberitahu
  9. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata Hong Leong Bank sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Hong Leong Bank ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Hong Leong Bank.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Hong Leong Bank, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan Hong Leong Bank dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Hong Leong Bank dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment