Cara Muat Turun & Cetak Penyata Akaun Hong Leong Bank Online

Tengah cari cara nak cetak penyata Hong Leong Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara Cetak Penyata Hong Leong Bank Online

Untuk dapatkan penyata Hong Leong Bank, kau perlu ada internet banking Hong Leong Bank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Hong Leong Bank:

  1. Pergi ke website Hong Leong Bank di sini: https://www.hongleongconnect.my
  2. Pastikan kau berada di laman utama internet banking Hong Leong Bank
  3. Login hongleongconnect.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan gambar keselamatan iaitu Security Picture yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan Login
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard Hong Leong Connect
  9. Pilih menu Statement/Invoice
  10. Klik Online Statement
  11. Pilih akaun sama ada Savings atau Current Account
  12. Pilih Download Statement untuk muat turun penyata bank terbaru
  13. Pilih View History untuk melihat tarikh dan bulan yang dikehendaki
  14. Download statement Hong Leong Bank tersebut
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  16. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  17. Tekan butang Print
  18. Selesai

Kalau baki duit simpanan Hong Leong Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini Hong Leong Bank Di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Hong Leong Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Tapi kau boleh cuba cara ini:

  1. Cucuk kad ATM Hong Leong Bank kau
  2. Pilih Bahasa
  3. Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham
  4. Masukkan PIN
  5. Pilih Lain- lain Urusniaga
  6. Pilih Lain- lain Perkhidmatan
  7. Pilih Penyata Ringkas
  8. Tunggu sebentar
  9. Penyata ringkas akan dicetak keluar
  10. Selesai

 

Nak Muat Turun Penyata Akaun Guna App HLB Connect Boleh Tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Hong Leong Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web Hong Leong Bank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau kau nak cuba, silakan download app Hong Leong Bank sendiri.

 

Penting Ke e-Statement Hong Leong Bank Terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Hong Leong Bank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat apa-apa permohonan, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Hong Leong Bank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata Hong Leong Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini Hong Leong Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement Hong Leong Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment