Semak Baki Pinjaman Kereta Bank Rakyat Online (irakyat.com.my)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Bank Rakyat sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Bank Rakyat Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Bank Rakyat melalui Perbankan Internet:

  1. Pergi ke laman web Bank Rakyat online banking di sini: https://www.irakyat.com.my/
  2. Laman utama web akan keluar
  3. Tekan butang Login dan pilih Personal Banking
  4. Login irakyat.com.my seperti biasa
  5. Isi Username
  6. Tekan butang Login
  7. Buat pengesahan Secure Phrase dengan klik pada butang Yes
  8. Masukkan Password
  9. Masukkan Word yang tertera ke dalam ruangan yang disediakan
  10. Tekan butang Login
  11. Jika telah selesai log masuk, tekan menu Account Info
  12. Tekan Account Overview
  13. Tekan Loan & Financing
  14. Maklumat baki pinjaman kereta akan dipaparkan
  15. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Bank Rakyat

Kalau malas nak masuk internet banking Bank Rakyat atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Bank Rakyat.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Dail talian 1-300 80 5454 untuk bercakap dengan Bahagian Khidmat Pelanggan Bank Rakyat
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan diangkat
  3. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu seketika
  6. Panggilan akan dijawab
  7. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  8. Berikan apa-apa maklumat dan butiran yang diminta
  9. Tunggu sekejap
  10. Permintaan sedang diproses
  11. Baki pinjaman kereta akan diberitahu
  12. Sila catat atau rekod jika perlu
  13. Selesai

 

Boleh Buat Semakan Baki Pinjaman Kereta Bank Rakyat Tanpa Akaun irakyat.com.my?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch Bank Rakyat untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan Bank Rakyat.

Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat berdekatan
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk
  4. Tunggu seketika sementara nombor dipanggil
  5. Pergi ke kaunter urusan yang telah tertera
  6. Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  7. Berikan semua butiran atau maklumat yang diminta
  8. Tunggu sekejap
  9. Permintaan sedang dijalankan
  10. Maklumat baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  11. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata Bank Rakyat sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Bank Rakyat.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Bank Rakyat, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan Bank Rakyat dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Bank Rakyat dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment