Semak Baki Pinjaman Kereta Bank Rakyat Melalui SMS

Sebenarnya, nak semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat melalui SMS ini, boleh atau tidak? Adakah semudah nak semak saman PDRM dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kereta sahaja?

Jangan risau, kami dah buat research. Kami akan kongsikan apa yang kami tahu. Jom kita check sama-sama.

Semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat melalui SMS, boleh ke tak?

Jawapan pendek, TIDAK BOLEH.

Jujur kami cakap.

Kami dah cuba cari maklumat berkenaan semakan pinjaman guna SMS melalui laman web rasmi Bank Rakyat.

Malangnya, memang tak ada. Tak jumpa.

Walaupun tidak boleh check baki pinjaman kereta Bank Rakyat menggunakan SMS, kami masih boleh berikan alternatif.

Anda boleh semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat online.

 

Macam mana nak semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat online?

Mudah sahaja.

Yang paling utama, pastikan anda masih ada akses ke Internet Banking Bank Rakyat terlebih dahulu.

Andai kata tak ingat kata laluan, boleh cuba reset password Bank Rakyat.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan Perbankan Internet Bank Rakyat di sini: https://www.irakyat.com.my
  2. Laman utama web akan keluar
  3. Tekan butang Login dan pilih Personal Banking
  4. Login irakyat.com.my seperti biasa
  5. Isi Username
  6. Tekan butang Login
  7. Buat pengesahan Secure Phrase dengan klik pada butang Yes
  8. Masukkan Password
  9. Masukkan Word yang tertera ke dalam ruangan yang disediakan
  10. Tekan butang Login
  11. Jika telah selesai log masuk, tekan menu Account Info
  12. Tekan Account Overview
  13. Tekan Loan & Financing
  14. Pilih akaun pinjaman kereta anda
  15. Baki pinjaman kereta Bank Rakyat akan terpapar
  16. Jika masih belum bayar, sila bayar baki pinjaman kereta Bank Rakyat yang tertunggak
  17. Simpan resit bayaran
  18. Jika perlu, catat baki amaun yang tertera untuk rekod simpanan sendiri
  19. Selesai

 

Kalau balance car loan Bank Rakyat tinggal sikit, boleh bayar habis tak?

Jawapannya, BOLEH.

Contohnya, selepas anda buat semakan, anda lihat baki pinjaman kereta tinggal RM6,000 sahaja.

Katakan bulan-bulan, anda perlu bayar RM500.

Anda ada lagi 12 bulan untuk langsaikan hutang bank.

Tapi kalau anda ada duit lebih sebanyak RM6,000, anda boleh terus selesaikan hutang kereta Bank Rakyat ini.

Prosedurnya tidaklah susah mana.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca ada tulis panjang lebar tentang cara untuk buat full settlement loan kereta Bank Rakyat.

Yang penting, selepas habis bayar nanti, jangan lupa dapatkan surat pelepasan daripada Bank Rakyat.

Ini adalah bukti yang menunjukkan pihak Bank Rakyat melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.

Kalau dah ada surat pelepasan itu nanti, jangan terlupa buat satu lagi prosedur penting iaitu e-Batal JPJ.

e-Batal ini adalah satu prosedur di mana pihak JPJ akan mengeluarkan nama bank daripada geran kereta anda.

Selagi tak tukar, selagi itulah nama pemilik kereta ialah nama bank.

 

Ada masalah atau pertanyaan lain tentang pinjaman kereta Bank Rakyat?

Sekiranya apa yang kami terangkan ini masih lagi tidak jelas, kami sarankan anda hubungi Khidmat Pelanggan Bank Rakyat untuk mendapatkan jawapan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buat panggilan ke Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
  4. Ikut arahan yang diberikan
  5. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman Kenderaan atau Hire Purchase Bank Rakyat
  6. Tunggu sehingga dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas
  7. Tanya pegawai khidmat pelanggan tersebut soalan berkenaan pinjaman kenderaan yang anda mahu tahu
  8. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsikan berkenaan cara semak baki pinjaman kereta Bank Rakyat melalui SMS ini akan memudahkan urusan anda.

Walaupun tidak boleh buat semakan melalui SMS, setidak-tidaknya anda boleh check baki secara online.

Semoga urusan hutang piutang anda dengan bank dapat diselesaikan dengan segera.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment