Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Online (maybank2u.com)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Maybank sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Maybank?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Maybank melalui Perbankan Internet.

  1. Pergi ke laman web Maybank online banking di sini: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Portal Maybank2u akan keluar
  3. Login maybank2u.com.my seperti biasa
  4. Isikan Username
  5. Tekan ikon Kunci berwarna kuning
  6. Buat pengesahan Security Phrase dengan klik pada butang YES
  7. Masukkan Password
  8. Tekan LOGIN
  9. Laman utama akaun akan dipaparkan
  10. Tekan pada menu LOANS
  11. Baki pinjaman kereta Maybank akan terpapar
  12. Selesai

Sila rancang bajet dan buat pengiraan sendiri untuk melangsaikan hutang pinjaman kereta ini.

Lagi cepat habis, lagi bagus.

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Maybank

Kalau malas nak masuk Internet Banking Maybank atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Maybank.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Maybank melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi Customer Care Maybank di talian 1 300 88 6688
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan maklumkan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu seketika sehingga panggilan berjaya disambungkan
  6. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
  7. Berikan semua butiran dan maklumat yang diperlukan
  8. Tunggu sekejap untuk permintaan diproses
  9. Baki loan kereta akan diberitahu
  10. Sila catat atau rekod jika perlu
  11. Selesai

 

Boleh Buat Semakan Pinjaman Kereta Maybank Tanpa Akaun Maybank2u?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch Maybank untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan Maybank.

Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Maybank berdekatan
  2. Ambil nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk
  4. Tunggu seketika sementara nombor giliran dipanggil
  5. Pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan
  6. Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  7. Berikan segala butiran dan maklumat yang diminta
  8. Tunggu seketika sementara permintaan sedang diproses
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  10. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank untuk cetak penyata Maybank sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Maybank ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Maybank.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Maybank, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan Maybank dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Maybank dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment