Cara Muat Turun & Cetak Penyata Akaun Maybank Online

Tengah cari cara nak cetak penyata Maybank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat. Aku tahu kau nak tengok transaction history dalam statement akaun Maybank kau.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara cetak penyata Maybank online

Untuk dapatkan penyata Maybank, kau perlu ada internet banking Maybank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Maybank:

  1. Pergi ke website Maybank di sini: https://maybank2u.com.my.
  2. Pastikan kau berada di laman utama internet banking Maybank.
  3. Login maybank2u.com.my seperti biasa.
  4. Masukkan Username.
  5. Sahkan gambar dan frasa Security Phrase seperti yang terpapar.
  6. Masukkan Password.
  7. Tekan Login.
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard Maybank2u.
  9. Pilih menu e-Bills & Statement untuk melihat penyata akaun Maybank kau.
  10. Klik menu View untuk melihat dengan lebih terperinci.
  11. Boleh pilih untuk lihat penyata bagi 1-3 bulan.
  12. Pilih sama ada Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days.
  13. Tekan simbol Save untuk download statement Maybank.
  14. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF.
  15. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak.
  16. Tekan butang Print.
  17. Selesai.

Kalau baki duit simpanan Maybank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam mana nak cetak penyata mini Maybank di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Maybank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Tapi kau boleh cuba cara ini:

  1. Cucuk kad ATM Maybank kau.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham.
  4. Masukkan PIN.
  5. Pilih Lain- lain Urusniaga.
  6. Pilih Lain- lain Perkhidmatan.
  7. Pilih Penyata Ringkas.
  8. Tunggu sebentar.
  9. Penyata ringkas akan dicetak keluar.
  10. Selesai.

 

Nak muat turun penyata guna app MAE & Maybank2u boleh tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Maybank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web Maybank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau kau nak cuba, silakan download app Maybank sendiri.

Sekadar mengingatkan, Maybank mempunyai dua app iaitu Maybank2u yang biasa dan juga MAE.

Maybank2u MY

 

MAE by Maybank

 

Penting ke e-statement Maybank terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Maybank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Maybank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata Maybank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini Maybank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement Maybank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment