Semak Baki Pinjaman Kereta CIMB Bank Online (cimbclicks.com)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan CIMB sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta CIMB?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta CIMB Bank Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta CIMB melalui Perbankan Internet.

  1. Pergi ke laman web CIMB online banking di sini: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Klik pada bahagian Login to Clicks
  3. Lakukan langkah log masuk ke akaun cimbclicks.com.my
  4. Isikan ruangan Enter User ID
  5. Tekan butang Login
  6. Sahkan SecureWord dengan tick pada Yes, this is my SecureWord
  7. Masukkan Password
  8. Klik Login
  9. Setelah berjaya masuk ke akaun, tekan pada menu My Accounts
  10. Bahagian My Accounts Overview akan terpapar
  11. Lihat pada bahagian Loans / Financing
  12. Baki pinjaman kereta CIMB akan dipaparkan
  13. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan CIMB

Kalau malas nak masuk Internet Banking CIMB atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service CIMB.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta CIMB melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Dail talian 03-6204 7788 untuk bercakap dengan Pusat Panggilan Pengguna CIMB
  2. Tunggu sekejap untuk panggilan dijawab
  3. Jika panggilan sudah dijawab, beritahu nama dan tujuan nak semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkenaan
  5. Tunggu sekejap sementara panggilan berjaya disambungkan
  6. Beritahu nama dan tujuan sekali lagi
  7. Ikuti permintaan dan arahan yang diberikan oleh pegawai bertugas
  8. Tunggu sekejap sementara permintaan anda sedang dijalankan
  9. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  10. Sila catat atau rekod untuk rujukan akan datang jika perlu
  11. Selesai

Boleh Buat Semakan Pinjaman Kereta CIMB Tanpa Akaun cimbclicks.com.my?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch CIMB untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan CIMB.

Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank berhampiran
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk sementara menunggu giliran
  4. Jika nombor giliran sudah dipanggil, terus ke kaunter urusan yang tertera
  5. Nyatakan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Berikan semua butiran atau maklumat yang diinginkan oleh kakitangan bertugas
  7. Tunggu seketika sementara permintaan sedang diproses
  8. Jika tiada sebarang masalah, baki pinjaman kereta akan diberitahu
  9. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata CIMB sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta CIMB ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan CIMB.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan CIMB, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan CIMB dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan CIMB dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment