Cara Muat Turun & Cetak Penyata Akaun CIMB Bank Online

Tengah cari cara nak cetak penyata CIMB ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara Cetak Penyata CIMB Online

Untuk dapatkan penyata CIMB, kau perlu ada Internet Banking CIMB. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata CIMB.

  1. Pergi ke website CIMB di sini: https://cimb.com.my
  2. Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking CIMB
  3. Klik simbol kunci di bahagian atas sebelah kanan
  4. Pilih CIMB Clicks
  5. Untuk lebih pantas, kau juga boleh terus ke URL https://cimbclicks.com.my
  6. Login CIMB Clicks seperti biasa
  7. Masukkan User ID
  8. Sahkan frasa SecureWord seperti yang terpapar
  9. Masukkan Password
  10. Tekan Login
  11. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard CIMB Clicks
  12. Pilih menu Services
  13. Pilih eStatement > Klik View eStatement
  14. Pilih bulan atau tarikh yang dikehendaki
  15. Download statement CIMB yang dikehendaki
  16. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  17. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  18. Tekan butang Print
  19. Selesai

Kalau baki duit simpanan CIMB kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini CIMB di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web CIMB, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Boleh cuba langkah-langkah ini:

  1. Cucuk kad ATM CIMB anda
  2. Pilih bahasa
  3. Kami sarankan pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham
  4. Masukkan PIN
  5. Pilih Perkhidmatan Penyata
  6. Pilih Penyata Mini
  7. Tunggu sebentar
  8. Penyata mini akan dicetak
  9. Selesai

*Caj 50 sen akan dikenakan dalam akaun anda

 

Nak Muat Turun Penyata Guna Apps CIMB Clicks Boleh Tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata CIMB menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web CIMB pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app CIMB sendiri.

  • Bagi pengguna iPhone, sila muat turun aplikasi CIMB Clicks Malaysia melalui Apple App Store
  • Bagi pengguna Android, sila muat turun aplikasi CIMB Clicks Malaysia melalui Google Play

 

Penting ke E-statement Akaun CIMB Terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata CIMB memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata CIMB.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata CIMB yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini CIMB, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement CIMB secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment