Semak Baki Pinjaman Kereta CIMB Melalui SMS

Sebenarnya, nak semak baki pinjaman kereta CIMB melalui SMS ini, boleh atau tidak? Adakah semudah nak semak saman PDRM dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kereta sahaja?

Jangan risau, kami dah buat research. Kami akan kongsikan apa yang kami tahu. Jom kita check sama-sama.

Semak baki pinjaman kereta CIMB melalui SMS, boleh ke tak?

Jawapan pendek, TIDAK BOLEH.

Jujur kami cakap.

Kami dah cuba cari maklumat berkenaan semakan pinjaman guna SMS melalui laman web rasmi CIMB.

Malangnya, memang tak ada. Tak jumpa.

Walaupun tidak boleh check baki pinjaman kereta CIMB menggunakan SMS, kami masih boleh berikan alternatif.

Anda boleh semak baki pinjaman kereta CIMB online.

 

Macam mana nak semak baki pinjaman kereta CIMB online?

Mudah sahaja.

Yang paling utama, pastikan anda masih ada akses ke Internet Banking CIMB terlebih dahulu.

Andai kata tak ingat kata laluan, boleh cuba reset password CIMB.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan Perbankan Internet CIMB di sini: https://www.cimbclicks.com.my
  2. Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet CIMB Clicks
  3. Klik pada bahagian Login to Clicks
  4. Lakukan langkah log masuk ke akaun cimbclicks.com.my
  5. Isikan ruangan Enter User ID
  6. Tekan butang Login
  7. Sahkan SecureWord dengan tick pada Yes, this is my SecureWord
  8. Masukkan Password
  9. Klik Login
  10. Setelah berjaya masuk ke akaun, tekan pada menu My Accounts
  11. Bahagian My Accounts Overview akan keluar
  12. Lihat pada bahagian Loans / Financing
  13. Pilih akaun pinjaman kereta anda
  14. Baki pinjaman kereta CIMB akan terpapar
  15. Jika masih belum bayar, sila bayar baki pinjaman kereta CIMB yang tertunggak
  16. Simpan resit bayaran
  17. Jika perlu, catat baki amaun yang tertera untuk rekod simpanan sendiri
  18. Selesai

 

Kalau balance car loan CIMB tinggal sikit, boleh bayar habis tak?

Jawapannya, BOLEH.

Contohnya, selepas anda buat semakan, anda lihat baki pinjaman kereta tinggal RM6,000 sahaja.

Katakan bulan-bulan, anda perlu bayar RM500.

Anda ada lagi 12 bulan untuk langsaikan hutang bank.

Tapi kalau anda ada duit lebih sebanyak RM6,000, anda boleh terus selesaikan hutang kereta CIMB ini.

Prosedurnya tidaklah susah mana.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca ada tulis panjang lebar tentang cara untuk buat full settlement loan kereta CIMB.

Yang penting, selepas habis bayar nanti, jangan lupa dapatkan surat pelepasan daripada CIMB.

Ini adalah bukti yang menunjukkan pihak CIMB melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.

Kalau dah ada surat pelepasan itu nanti, jangan terlupa buat satu lagi prosedur penting iaitu e-Batal JPJ.

e-Batal ini adalah satu prosedur di mana pihak JPJ akan mengeluarkan nama bank daripada geran kereta anda.

Selagi tak tukar, selagi itulah nama pemilik kereta ialah nama bank.

 

Ada masalah atau pertanyaan lain tentang pinjaman kereta CIMB?

Sekiranya apa yang kami terangkan ini masih lagi tidak jelas, kami sarankan anda hubungi Khidmat Pelanggan CIMB untuk mendapatkan jawapan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buat panggilan ke CIMB di talian 03-6204 7788
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
  4. Ikut arahan yang diberikan
  5. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman Kenderaan atau Hire Purchase CIMB
  6. Tunggu sehingga dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas
  7. Tanya pegawai khidmat pelanggan tersebut soalan berkenaan pinjaman kenderaan yang anda mahu tahu
  8. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsikan berkenaan cara semak baki pinjaman kereta CIMB melalui SMS ini akan memudahkan urusan anda.

Walaupun tidak boleh buat semakan melalui SMS, setidak-tidaknya anda boleh check baki secara online.

Semoga urusan hutang piutang anda dengan bank dapat diselesaikan dengan segera.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment