Cara Buat Full Settlement Loan Kereta CIMB Bank

Adakah anda baru sahaja bercadang nak buat full settlement loan kereta CIMB yang anda tengah bayar setiap bulan sekarang? Kalau ya, mesti sebab dah tak nak pening-pening lagi nak bayar bulan-bulan pada CIMB kan? Tak kiralah anda baru dapat bonus atau apa-apa duit terpijak, tindakan untuk bayar habis hutang kereta ini memang bijak.

Oleh kerana ramai yang tak tahu macam mana nak buat full settlement dengan CIMB ini, kami akan kongsikan cara-caranya. Jom kita check sama-sama.

Apa itu Full-Settlement?

Sebelum itu, kami nak kongsikan maksudnya.

Full settlement itu perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Kalau dalam Bahasa Melayu, maknanya ialah “bayar habis”.

Langsaikan semua hutang dengan CIMB yang bagi kita pinjam duit.

Sehinggalah dah tak ada lagi hutang dah dengan CIMB.

Bebas!

 

Cara Buat Full Settlement CIMB

Ini hanyalah sekadar panduan umum sahaja yang berpandukan maklumat-maklumat asas yang kami tahu.

Sekiranya ada yang terlepas pandang, boleh maklumkan kepada kami.

1. Pertama, Sebelum Buat Full Settlement Kereta CIMB, Semak Baki Secara Online Dulu

Kalau baki tinggal beberapa ratus sahaja, tak kisahlah nak buat pembayaran atas talian..

Tapi kalau masih puluh-puluh ribu, jangan.

Tersalah transfer ke CIMB nanti, bahaya.

Lagipun, langsaikan hutang kereta CIMB bukan semudah buat pindahan wang begitu sahaja.

Ada prosedur-prosedur tertentu seperti pemindahan pemilikan daripada CIMB kepada si peminjam.

Apa-pun, sebelum buat pembayaran apa-apa, kami sarankan anda check balance loan kereta CIMB anda terlebih dahulu.

Dengan berbuat begini, anda boleh rancang berapa lagi baki yang perlu dibayar.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik Perbankan Internet rasmi CIMB di sini: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Klik pada bahagian Login to Clicks
  3. Seperti biasa, login cimbclicks.com.my
  4. Masukkan ruangan Enter User ID
  5. Teruskan dengan menekan butang Login
  6. Sila sahkan SecureWord dengan tick pada Yes, this is my SecureWord
  7. Masukkan Password
  8. Teruskan dengan menekan butang Login
  9. Setelah berjaya masuk ke akaun, tekan pada menu My Accounts
  10. Bahagian My Accounts Overview akan keluar
  11. Lihat pada bahagian Loans / Financing
  12. Baki pinjaman kereta CIMB akan dipaparkan di skrin
  13. Sila screenshot untuk simpanan dan rujukan pada masa akan datang
  14. Selesai

 

2. Kedua, Kalau Tak Boleh Semak Baki Pinjaman Online, Call CIMB Hotline

Kalau anda jenis yang lebih suka bercakap di telefon kerana boleh tanya macam-macam, lebih baik hubungi customer service CIMB.

Lagipun, kalau ada masalah login CIMB online banking, boleh minta tolong mereka selesaikan.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Ingat balik, bank cawangan mana yang anda buat loan kereta
  2. Untuk senarai lokasi, rujuk sini: https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/financing/auto-financing/hire-purchase.html
  3. Hubungi CIMB Auto Finance Centre atau Hire Puchase tersebut
  4. Kalau terlupa, hubungi hotline CIMB di talian 03-6204 7788 

Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  6. Maklumkan tujuan anda buat panggilan adalah untuk bertanya tentang full settlement kereta
  7. Berikan nombor plat kenderaan anda atau nombor akaun Hire Purchase anda
  8. Pegawai bank akan buat semakan
  9. Baki loan kereta anda akan diberitahu
  10. Tanya pegawai bagaimana cara untuk buat early settlement


  11. Tanya samada boleh guna bank transfer atau bayar menggunakan cheque
  12. Tanya lagi apa dokumen yang perlu dibawa ke bank untuk buat pembayaran
  13. Catat semua maklumat penting yang diberikan
  14. 

Buat persediaan dan kumpulkan semua dokumen yang diperlukan
  15. Hadirkan diri ke cawangan bank tersebut
  16. Selesai

 

3. Ketiga, Datang Ke Cawangan Untuk Buat Full Settlement Loan Kereta CIMB Anda

Ya.

Jalan terbaik ialah hadirkan diri ke mana-mana cawangan CIMB.

Kalau ada masalah atau pertanyaan tentang prosedur pembayaran hutang CIMB, jangan segan silu tanya pegawai.

Prosedur pindah milik kenderaan ini melibatkan beberapa pihak. Antaranya, pihak CIMB, peminjam dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Datang ke CIMB Auto Finance Centre atau Hire Puchase berdekatan
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Duduk di kerusi yang disediakan
  4. Tunggu sebentar
  5. Jika nombor giliran dipanggil, pergi ke kaunter yang dinyatakan
  6. Beritahu tujuan adalah untuk buat full settlement pinjaman kereta
  7. Berikan nombor plat kereta atau nombor akaun Hire Purchase
  8. Serahkan semua dokumen yang berkaitan
  9. Tunggu pegawai bank melakukan semakan
  10. Baki pinjaman kereta anda yang perlu dilangsaikan akan dimaklumkan
  11. Selesai

 

Apa Kebaikan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta CIMB?

Pasti ada yang tertanya-tanya, “Apa kebaikannya bayar loan CIMB awal?”.

“Kalau CIMB dah bagi pinjaman beli kereta, gunalah. Tak payahlah bayar habis lagi. Bayarlah bulan-bulan.”

Betul, memang logik dan memang bagus kalau bayar sikit-sikit setiap bulan.

Tapi hakikatnya, CIMB TAK SUKA kalau ada peminjam nak buat full settlement.

Kenapa?

Mari sini kami cerita.

Kalau perasan, bila anda semak penyata pinjaman kereta CIMB anda, mesti nampak baki macam tak berkurangan.

Katakan hutang kereta RM50,000. Bayar bulan-bulan RM500.

Kalau tiap-tiap bulan bayar RM500, dalam setahun atau 12 bulan, anda sudah bayar RM6000.

Tapi lepas setahun, bila tengok statement loan, baki pinjaman baru berkurang RM2,000.

Masih ada baki loan sebanyak RM48,000.

Bayar banyak-banyak, baru turun sedikit?

Kenapa?

Itulah namanya interest, wahai Tuan-tuan dan Puan-puan.

“Alahh, menipu je kiraan bayaran hutang CIMB tu. Bukan betul pun.”

Tuan-tuan dan Puan-puan, ini hanya kiraan lebih kurang sahaja.

Tanpa kalkulator.

Kami buat contoh untuk senang faham sahaja.

Sekadar nak bagi sedikit idea.

 

Masih Tak Fahamlah, Boleh Bagi Contoh Berkaitan Early Settlement CIMB?

Baiklah.

Ini senario pertama.

Katakan anda buat loan kereta CIMB selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 30 bulan.

Jadi, masih berbaki 54 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 30, anda boleh dapat diskaun atau rebat dalam lebih kurang RM4,000.

Ini pula senario kedua.

Katakan anda buat loan selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 60 bulan.

Jadi, masih berbaki 24 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 60, anda hanya akan dapat diskaun atau rebat sebanyak lebih kurang RM800 sahaja.

Rugi kan?

Lebih baik bayar awal.

Hutang pun jadi sedikit.

Simple kan?

Sekarang dah boleh dapat pegang geran kereta sendiri.

Kalau sebelum ini CIMB yang pegang, saat kita selesaikan urusan di cawangan, pegawai akan serahkan geran tersebut pada kita.

Tak perlu berhutang lagi dengan CIMB.

Tak perlu bayar interest lagi pada CIMB.

Betul-betul bebas hutang, kecuali ada buat pinjaman perumahan CIMB yang masih belum langsai.

Itu tak apa.

Perlahan-lahan kasi settle.

 

Apa Pula Keburukan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta CIMB?

Rasanya, satu sahaja iaitu kena keluarkan duit sekelepuk.

Anda perlu sediakan duit dalam amaun yang besar semata-mata untuk habiskan hutang pinjaman kereta CIMB.

Itu sahaja.

Tapi kalau anda ada duit lebih, tapi tak suka nak bayar habis hutang kereta, lebih baik buat penyelesaian baki pinjaman perumahan CIMB.

Itu kalau sudah ada rumah.

Kalau belum, boleh juga guna untuk buat deposit pinjaman perumahan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara buat full settlement loan kereta CIMB ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Pasti hati akan lega apabila sudah habis bayar hutang kereta dengan CIMB.

Teknik seperti ini lebih kurang sama sahaja dengan full settlement housing loan CIMB dan juga full settlement personal loan CIMB.

Asalkan ada duit lebih, bayar sahaja untuk jimatkan bayaran faedah pada CIMB.
CIMB pun suka kita dah tak ada hutang dengan dia.

Kita pun happy sebab dah bebas hutang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment