Semak Baki Pinjaman Kereta AmBank Online (amonline.com.my)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Ambank sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Ambank?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Ambank Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Ambank melalui Perbankan Internet.

  1. Pergi ke laman web Ambank online banking di sini: https://ambank.amonline.com.my/
  2. Laman utama web akan dipaparkan
  3. Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Klik Log In Now
  6. Sahkan Security Image dengan menekan butang Yes
  7. Isi Password
  8. Klik butang Log In
  9. Profil akaun akan terpapar
  10. Klik pada menu Pay Loans / Financing
  11. Baki loan kereta Ambank akan keluar
  12. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Ambank

Kalau malas nak masuk Internet Banking Ambank atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Ambank.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Ambank melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi pihak Ambank di talian 03-2178 8888
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Tunggu seketika
  5. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  6. Setelah panggilan sudah disambung, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
  7. Berikan segala butiran atau maklumat yang diminta
  8. Tunggu seketika sementara permintaan sedang dilaksanakan
  9. Baki pinjaman kereta akan diberitahu
  10. Sila simpan atau catat jika perlu
  11. Selesai

 

Boleh Buat Semakan Baki Pinjaman Kereta Tanpa Akaun AmOnline?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch AmBank untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan AmBank.

Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Ambank berhampiran
  2. Ambil nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk untuk menunggu nombor dipanggil
  4. Terus ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan
  5. Nyatakan tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  6. Serahkan segala butiran dan maklumat yang diminta
  7. Tunggu sekejap sementara permintaan sedang diproses
  8. Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
  9. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata Ambank sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Ambank ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Ambank.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Ambank, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan Ambank dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Ambank dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment