Semak Baki Pinjaman Kereta Ambank Melalui SMS

Sebenarnya, nak semak baki pinjaman kereta Ambank melalui SMS ini, boleh atau tidak? Adakah semudah nak semak saman PDRM dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kereta sahaja?

Jangan risau, kami dah buat research. Kami akan kongsikan apa yang kami tahu. Jom kita check sama-sama.

Semak baki pinjaman kereta Ambank melalui SMS, boleh ke tak?

Jawapan pendek, TIDAK BOLEH.

Jujur kami cakap.

Kami dah cuba cari maklumat berkenaan semakan pinjaman guna SMS melalui laman web rasmi Ambank.

Malangnya, memang tak ada. Tak jumpa.

Walaupun tidak boleh check baki pinjaman kereta Ambank menggunakan SMS, kami masih boleh berikan alternatif.

Anda boleh semak baki pinjaman kereta Ambank online.

 

Macam mana nak semak baki pinjaman kereta Ambank online?

Mudah sahaja.

Yang paling utama, pastikan anda masih ada akses ke Internet Banking Ambank terlebih dahulu.

Andai kata tak ingat kata laluan, boleh cuba reset password Ambank.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan Perbankan Internet Ambank di sini: https://ambank.amonline.com.my/web/
  2. Laman utama web akan dipaparkan
  3. Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Klik Log In Now
  6. Sahkan Security Image dengan menekan butang Yes
  7. Isi Password
  8. Klik butang Log In
  9. Profil akaun akan terpapar
  10. Klik pada menu Pay Loans / Financing
  11. Baki pinjaman kereta Ambank akan terpapar
  12. Jika masih belum bayar, sila bayar baki pinjaman kereta Ambank yang tertunggak
  13. Simpan resit bayaran
  14. Jika perlu, catat baki amaun yang tertera untuk rekod simpanan sendiri
  15. Selesai

 

Kalau balance car loan Ambank tinggal sikit, boleh bayar habis tak?

Jawapannya, BOLEH.

Contohnya, selepas anda buat semakan, anda lihat baki pinjaman kereta tinggal RM6,000 sahaja.

Katakan bulan-bulan, anda perlu bayar RM500.

Anda ada lagi 12 bulan untuk langsaikan hutang bank.

Tapi kalau anda ada duit lebih sebanyak RM6,000, anda boleh terus selesaikan hutang kereta Ambank
ini.

Prosedurnya tidaklah susah mana.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca ada tulis panjang lebar tentang cara untuk buat full settlement loan kereta Ambank.

Yang penting, selepas habis bayar nanti, jangan lupa dapatkan surat pelepasan daripada Ambank.

Ini adalah bukti yang menunjukkan pihak Ambank melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.

Kalau dah ada surat pelepasan itu nanti, jangan terlupa buat satu lagi prosedur penting iaitu e-Batal JPJ.

e-Batal ini adalah satu prosedur di mana pihak JPJ akan mengeluarkan nama bank daripada geran kereta anda.

Selagi tak tukar, selagi itulah nama pemilik kereta ialah nama bank.

 

Ada masalah atau pertanyaan lain tentang pinjaman kereta Ambank?

Sekiranya apa yang kami terangkan ini masih lagi tidak jelas, kami sarankan anda hubungi Khidmat Pelanggan Ambank untuk mendapatkan jawapan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buat panggilan ke AmBank di talian 03-2178 8888
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
  4. Ikut arahan yang diberikan
  5. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman Kenderaan atau Hire Purchase AmBank
  6. Tunggu sehingga dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas
  7. Tanya pegawai khidmat pelanggan tersebut soalan berkenaan pinjaman kenderaan yang anda mahu tahu
  8. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsikan berkenaan cara semak baki pinjaman kereta Ambank melalui SMS ini akan memudahkan urusan anda.

Walaupun tidak boleh buat semakan melalui SMS, setidak-tidaknya anda boleh check baki secara online.

Semoga urusan hutang piutang anda dengan bank dapat diselesaikan dengan segera.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Semak Baki Pinjaman Kereta Ambank Melalui SMS”

Leave a Comment