Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank Online (affinalways.com)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan Affin Bank sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta Affin Bank?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta Affin Bank melalui Perbankan Internet:

  1. Pergi ke website Affin Bank online banking di sini: https://rib.affinalways.com/
  2. Halaman utama web akan tertera
  3. Log masuk rib.affinalways seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Tekan Login
  6. Sahkan Secure Word
  7. Masukkan Password
  8. Tekan Login
  9. Halaman utama akaun akan dipaparkan
  10. Klik pada menu My Accounts
  11. Klik Loan / Financing
  12. Baki pinjaman kereta akan keluar
  13. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan Affin Bank

Kalau malas nak masuk internet banking Affin Bank atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service Affin Bank.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta Affin Bank melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Dail talian 03-2055 9000 untuk bercakap dengan pihak Affin Bank
  2. Tunggu sekejap sehingga panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkenaan
  5. Tunggu sekejap sehingga panggilan berjaya disambungkan
  6. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  7. Berikan apa-apa maklumat yang diminta
  8. Tunggu sekejap
  9. Permintaan sedang diproses
  10. Baki loan kereta akan dimaklumkan
  11. Sila catat dan rekod untuk rujukan jika perlu
  12. Selesai

 

Boleh Buat Semakan Baki Pinjaman Kereta Affin Bank Tanpa Akaun rib.affinalways?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch Affin Bank untuk check balance loan kereta anda.

Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan Affin Bank.

Kalau ada apa-apa masalah,  boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Affin Bank berhampiran
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Dapatkan tempat duduk untuk menunggu giliran dipanggil
  4. Terus ke kaunter urusan yang telah dinyatakan
  5. Maklumkan tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  6. Berikan semua butiran dan maklumat yang diminta
  7. Tunggu seketika
  8. Permintaan sedang dilaksanakan
  9. Baki pinjaman kereta akan diberitahu
  10. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata Affin Bank sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta Affin Bank ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan Affin Bank.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan Affin Bank, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan Affin Bank dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan Affin Bank dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment