Cara Muat Turun & Cetak Penyata Akaun Affin Bank Online

Tengah cari cara nak cetak penyata Affin Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat. Aku tahu kau nak tengok transaction history dalam statement akaun Affin Bank kau.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara cetak penyata Affin Bank online

Untuk dapatkan penyata Affin Bank, kau perlu ada internet banking Affin Bank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Affin Bank:

  1. Pergi ke website Affin Bank di sini: https://rib.affinalways.com/retail/#!/login.
  2. Pastikan kau berada di laman utama internet banking Affin Bank.
  3. Login rib.affinalways.com seperti biasa.
  4. Masukkan Username.
  5. Sahkan Secure Word dan Secure Image seperti yang terpapar.
  6. Masukkan Password.
  7. Tekan butang Login.
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard Affin Always.
  9. Klik Services.
  10. Klik e-Statement.
  11. Klik Download e-Statement.
  12. Pilih akaun seperti yang terpapar.
  13. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki mengikut Statement Date.
  14. Download statement yang dikehendaki.
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF.
  16. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak.
  17. Tekan butang Print.
  18. Selesai.

Kalau baki duit simpanan Affin Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam mana nak cetak penyata mini Affin Bank di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Affin Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Untuk Affin Bank, confirm boleh.

Kau boleh cuba cara ini:

  1. Cucuk kad ATM Affin Bank kau.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Kami sarankan pilih Bahasa Melayu untuk lebih mudah faham.
  4. Masukkan PIN.
  5. Pilih Lain- lain Urusniaga.
  6. Pilih Lain- lain Perkhidmatan.
  7. Pilih Penyata Ringkas.
  8. Tunggu sebentar.
  9. Penyata ringkas akan dicetak keluar.
  10. Selesai.

 

Nak muat turun penyata guna app AFFINMAX boleh tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Affin Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web Affin Bank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau kau nak cuba, silakan download app Affin Bank sendiri.

  • Untuk iPhone, muat turun aplikasi AFFINMAX Mobile melalui Apple App Store
  • Untuk Android, muat turun aplikasi AFFINMAX Mobile melalui Google Play

 

Penting ke e-statement Affin Bank terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Affin Bank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Affin Bank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata Affin Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini Affin Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement Affin Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment