Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank Melalui SMS

Sebenarnya, nak semak baki pinjaman kereta Affin Bank melalui SMS ini, boleh atau tidak? Adakah semudah nak semak saman PDRM dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kereta sahaja?

Jangan risau, kami dah buat research. Kami akan kongsikan apa yang kami tahu. Jom kita check sama-sama.

Semak baki pinjaman kereta Affin Bank melalui SMS, boleh ke tak?

Jawapan pendek, TIDAK BOLEH.

Jujur kami cakap.

Kami dah cuba cari maklumat berkenaan semakan pinjaman guna SMS melalui laman web rasmi Affin Bank.

Malangnya, memang tak ada. Tak jumpa.

Walaupun tidak boleh check baki pinjaman kereta Affin Bank menggunakan SMS, kami masih boleh berikan alternatif.

Anda boleh semak baki pinjaman kereta Affin Bank online.

 

Macam mana nak semak baki pinjaman kereta Affin Bank online?

Mudah sahaja.

Yang paling utama, pastikan anda masih ada akses ke Internet Banking Affin Bank terlebih dahulu.

Andai kata tak ingat kata laluan, boleh cuba reset password Affin Bank.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan Perbankan Internet Affin Bank di sini: https://rib.affinalways.com
  2. Halaman utama web akan tertera
  3. Log masuk rib.affinalways.com seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Tekan Login
  6. Sahkan Secure Word
  7. Masukkan Password
  8. Tekan Login
  9. Halaman utama akaun akan dipaparkan
  10. Klik pada menu My Accounts
  11. Klik Loan / Financing
  12. Pilih akaun pinjaman kereta anda
  13. Baki pinjaman kereta Affin Bank akan terpapar
  14. Jika masih belum bayar, sila bayar baki pinjaman kereta Affin Bank yang tertunggak
  15. Simpan resit bayaran
  16. Jika perlu, catat baki amaun yang tertera untuk rekod simpanan sendiri
  17. Selesai

 

Kalau balance car loan Affin Bank tinggal sikit, boleh bayar habis tak?

Jawapannya, BOLEH.

Contohnya, selepas anda buat semakan, anda lihat baki pinjaman kereta tinggal RM6,000 sahaja.

Katakan bulan-bulan, anda perlu bayar RM500.

Anda ada lagi 12 bulan untuk langsaikan hutang bank.

Tapi kalau anda ada duit lebih sebanyak RM6,000, anda boleh terus selesaikan hutang kereta Affin Bank ini.

Prosedurnya tidaklah susah mana.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca ada tulis panjang lebar tentang cara untuk buat full settlement loan kereta Affin Bank.

Yang penting, selepas habis bayar nanti, jangan lupa dapatkan surat pelepasan daripada Affin Bank.

Ini adalah bukti yang menunjukkan pihak Affin Bank melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.

Kalau dah ada surat pelepasan itu nanti, jangan terlupa buat satu lagi prosedur penting iaitu e-Batal JPJ.

e-Batal ini adalah satu prosedur di mana pihak JPJ akan mengeluarkan nama bank daripada geran kereta anda.

Selagi tak tukar, selagi itulah nama pemilik kereta ialah nama bank.

 

Ada masalah atau pertanyaan lain tentang pinjaman kereta Affin Bank?

Sekiranya apa yang kami terangkan ini masih lagi tidak jelas, kami sarankan anda hubungi Khidmat Pelanggan Affin Bank untuk mendapatkan jawapan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buat panggilan ke Affin Bank di talian 03-8230 2222
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
  4. Ikut arahan yang diberikan
  5. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman Kenderaan atau Hire Purchase Affin Bank
  6. Tunggu sehingga dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas
  7. Tanya pegawai khidmat pelanggan tersebut soalan berkenaan pinjaman kenderaan yang anda mahu tahu
  8. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsikan berkenaan cara semak baki pinjaman kereta Affin Bank melalui SMS ini akan memudahkan urusan anda.

Walaupun tidak boleh buat semakan melalui SMS, setidak-tidaknya anda boleh check baki secara online.

Semoga urusan hutang piutang anda dengan bank dapat diselesaikan dengan segera.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment