Semak Baki Pinjaman Kereta BSN Online (mybsn.com.my)

Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan BSN sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta BSN?

Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.

Cara Semak Baki Pinjaman Kereta BSN Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta BSN
melalui Perbankan Internet.

  1. Pergi ke laman web BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
  2. Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet BSN
  3. Login mybsn.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan Security Image seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam dashboard BSN online
  9. Klik Account Overview
  10. Akan keluar paparan Account Overview seperti Savings Account, Credit Card, Financing Account, BSN SSP dan lain-lain
  11. Jika ada akaun pinjaman kereta BSN MyAuto, akaun tersebut akan terpapar di Financing Account
  12. 

Klik akaun pinjaman kereta BSN tersebut
  13. Lihat paparan baki pinjaman kereta BSN
  14. Download dan print jika perlu
  15. Selesai

 

Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan BSN

Kalau malas nak masuk Internet Banking BSN atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service BSN.

Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta BSN melalui SMS.

Sebab memang tak ada.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi pihak BSN di talian 1-300 88 1900
  2. Tunggu seketika sementara panggilan dijawab
  3. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan adalah nak semak baki pinjaman kereta
  4. Panggilan akan disambungkan ke bahagian berkaitan
  5. Tunggu sekejap sehingga panggilan berjaya disambungkan
  6. Perkenalkan diri dan beritahu tujuan sekali lagi
  7. Tunggu sebentar
  8. Permintaan sedang dijalankan
  9. Baki loan kereta akan dimaklumkan
  10. Sila catat atau simpan untuk rujukan jika perlu
  11. Selesai

 

Boleh Buat Semakan Baki Pinjaman Kereta Tanpa Akaun mybsn.com.my?

Boleh.

Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch BSN untuk check balance loan kereta anda.

Sejujurnya, memang jarang orang pergi branch BSN semata-mata nak check balance loan kereta.

Tapi kalau memang nak tahu sangat, memang boleh singgah BSN.

Boleh ikuti panduan berikut:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan BSN berdekatan
  2. Dapatkan nombor giliran
  3. Ambil tempat duduk sementara menunggu nombor dipanggil
  4. Pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan
  5. Beritahu kepada kakitangan tujuan datang adalah untuk semak baki pinjaman kereta
  6. Submit semua butiran yang diperlukan
  7. Tunggu sekejap
  8. Permintaan sedang dilaksanakan
  9. Baki pinjaman kereta akan diberitahu
  10. Selesai

Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata BSN sekali.

Mudah untuk rujuk nanti.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta BSN ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan BSN.

Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan BSN, boleh minta diskaun.

Hati pun lega, hutang dengan BSN dah habis.

Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan BSN dahulu.

Takut-takut tak ada diskaun.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment