Mesti anda tertanya-tanya, berapa baki hutang loan kereta dengan RHB Bank sekarang? Banyak lagi kena bayar atau dah nak habis? Macam mana cara nak semak baki pinjaman kereta RHB Bank?
Jangan risau, kami akan kongsikan caranya.
Content
Cara Nak Semak Baki Pinjaman Kereta RHB Bank Online
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta RHB Bank melalui Perbankan Internet:
- Pergi ke laman web RHB online banking di sini: https://logon.rhb.com.my/
- Halaman utama web akan dipaparkan
- Login ke akaun logon.rhb.com.my anda seperti biasa
- Masukkan Username
- Sahkan Secret Word dengan menekan butang Yes
- Masukkan Password
- Klik LOGIN
- Laman utama profil RHBnow akan terpapar
- Lihat di bahagian menu yang tertera dan klik Account
- Beberapa pilihan akaun RHB akan tersenarai
- Klik pada Loans
- Baki pinjaman kereta akan dipaparkan
- Selesai
Cara Check Balance Loan Kereta Melalui Khidmat Pelanggan RHB Bank
Kalau malas nak masuk internet banking RHB Bank atau terlupa username dan password, boleh sahaja call Customer Service RHB Bank.
Tak payah buang masa nak cari cara semak baki pinjaman kereta RHB Bank melalui SMS.
Sebab memang tak ada.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Dail talian 03-9206 8118 untuk bercakap dengan Customer Care Centre RHB Bank
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab
- Perkenalkan diri dan beritahu nak semak baki pinjaman kereta
- Panggilan akan disambung ke bahagian berkaitan
- Tunggu sekejap
- Apabila panggilan berjaya disambungkan, perkenalkan diri dan nyatakan tujuan sekali lagi
- Ikuti permintaan dan arahan seterusnya yang diberikan oleh kakitangan bertugas
- Tunggu sekejap untuk permintaan diproses
- Baki pinjaman kereta akan dimaklumkan
- Sila catat atau rekod untuk rujukan jika perlu
- Selesai
Boleh Buat Semakan Baki Pinjaman Kereta RHB Bank Tanpa Akaun rhb.com.my?
Boleh.
Cuma kami sarankan anda terus pergi ke branch RHB Bank untuk check balance loan kereta anda.
Lebih mudah untuk hadirkan diri terus ke cawangan RHB Bank.
Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus tanya pegawai bank yang bertugas.
Boleh ikuti panduan berikut:
- Kunjungi mana-mana cawangan RHB Bank berdekatan
- Ambil nombor giliran
- Dapatkan tempat duduk sementara menunggu nombor giliran tiba
- Pergi ke kaunter urusan yang telah dipaparkan
- Beritahu tujuan adalah untuk semak baki pinjaman kereta
- Beri semua maklumat yang diperlukan oleh kakitangan bertugas
- Tunggu sekejap
- Baki pinjaman kereta akan diberitahu
- Selesai
Jangan lupa minta pegawai bank cetak penyata RHB Bank sekali.
Mudah untuk rujuk nanti.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian cara nak semak baki pinjaman kereta RHB Bank ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.
Sekadar tips, kalau ada duit lebih, boleh bayar terus baki hutang secara lump-sum dengan RHB Bank.
Ini kerana bila buat full-settlement car loan dengan RHB Bank, boleh minta diskaun.
Hati pun lega, hutang dengan RHB Bank dah habis.
Apa-apa pun, sila tanya pusat khidmat pelanggan RHB Bank dahulu.
Takut-takut tak ada diskaun.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga bermanfaat.