Cara Muat Turun & Cetak Penyata Akaun RHB Bank Online

Tengah cari cara nak cetak penyata RHB Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

Cara Cetak Penyata RHB Bank Online

Untuk dapatkan penyata RHB Bank, kau perlu ada Internet Banking RHB Bank. Kau kena login siap-siap.

Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata RHB Bank.

  1. Pergi ke website RHB Bank di sini: https://logon.rhb.com.my
  2. Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking RHB Bank
  3. Login logon.rhb.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan frasa Secret Word yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan Login
  8. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, kau akan masuk ke dalam dashboard RHB Now
  9. Pilih My Account > eStatement Management
  10. Pilih Saving Account
  11. Klik Next
  12. Sila ke bahagian eStatement Registration / Cancellation
  13. Pilih View Online
  14. Klik Preview
  15. Selepas itu, klik My Accounts sekali lagi
  16. Pilih View e-Statement
  17. Pilih Savings Account
  18. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  19. Download statement RHB Bank tersebut
  20. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  21. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
  22. Tekan butang Print
  23. Selesai

Kalau baki duit simpanan RHB Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

 

Macam Mana Nak Cetak Penyata RHB Bank Mini di ATM?

Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web RHB Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

Secara umumnya, kau boleh cuba langkah-langkah berikut:

  1. Cucuk kad ATM RHB Bank kau
  2. Masukkan nombor PIN
  3. Cari fungsi Penyata Mini
  4. Tekan menu Penyata Mini di ATM
  5. Tunggu sebentar
  6. Cetakan resit kecil akan keluar
  7. Statement mini akan terpapar
  8. Selesai

 

Nak Muat Turun Penyata Guna Aplikasi RHB Mobile Banking Boleh Tak?

Apa pulak tak boleh.

Memang boleh.

Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata RHB Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

Guna web RHB Bank pun dah cukup sebenarnya.

Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app RHB Bank sendiri.

  • Untuk iPhone, muat turun aplikasi RHB Mobile Banking di Apple App Store
  • Untuk Android, muat turun aplikasi RHB Mobile Banking di Google Play

 

Penting ke e-statement RHB Bank Terkini?

Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata RHB Bank memang tak penting.

Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata RHB Bank.

Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

Kebiasaannya, penyata RHB Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

Cuma untuk penyata mini RHB Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

 

Akhir kata

Aku harap perkongsian tentang cara print statement RHB Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment