Semak Baki Pinjaman Kereta RHB Bank Melalui SMS

Sebenarnya, nak semak baki pinjaman kereta RHB Bank melalui SMS ini, boleh atau tidak? Adakah semudah nak semak saman PDRM dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan nombor plat kereta sahaja?

Jangan risau, kami dah buat research. Kami akan kongsikan apa yang kami tahu. Jom kita check sama-sama.

Semak baki pinjaman kereta RHB Bank melalui SMS, boleh ke tak?

Jawapan pendek, TIDAK BOLEH.

Jujur kami cakap.

Kami dah cuba cari maklumat berkenaan semakan pinjaman guna SMS melalui laman web rasmi RHB Bank.

Malangnya, memang tak ada. Tak jumpa.

Walaupun tidak boleh check baki pinjaman kereta RHB Bank menggunakan SMS, kami masih boleh berikan alternatif.

Anda boleh semak baki pinjaman kereta RHB Bank online.

 

Macam mana nak semak baki pinjaman kereta RHB Bank online?

Mudah sahaja.

Yang paling utama, pastikan anda masih ada akses ke Internet Banking RHB Bank
terlebih dahulu.

Andai kata tak ingat kata laluan, boleh cuba reset password RHB Bank.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan Perbankan Internet RHB di sini: https://logon.rhb.com.my
  2. Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet RHB Now
  3. Login ke akaun logon.rhb.com.my anda seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan Secret Word dengan menekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Klik LOGIN
  8. Laman utama profil RHB Now akan terpapar
  9. Lihat di bahagian menu yang tertera dan klik Account
  10. Beberapa pilihan akaun RHB akan tersenarai
  11. Klik pada Loans
  12. Pilih akaun pinjaman kereta anda
  13. Baki pinjaman kereta RHB akan terpapar
  14. Jika masih belum bayar, sila bayar baki pinjaman kereta RHB yang tertunggak
  15. Simpan resit bayaran
  16. Jika perlu, catat baki amaun yang tertera untuk rekod simpanan sendiri
  17. Selesai

 

Kalau balance car loan RHB Bank tinggal sikit, boleh bayar habis tak?

Jawapannya, BOLEH.

Contohnya, selepas anda buat semakan, anda lihat baki pinjaman kereta tinggal RM6,000 sahaja.

Katakan bulan-bulan, anda perlu bayar RM500.

Anda ada lagi 12 bulan untuk langsaikan hutang bank.

Tapi kalau anda ada duit lebih sebanyak RM6,000, anda boleh terus selesaikan hutang kereta RHB Bank
ini.

Prosedurnya tidaklah susah mana.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput baca ada tulis panjang lebar tentang cara untuk buat full settlement loan kereta RHB Bank.

Yang penting, selepas habis bayar nanti, jangan lupa dapatkan surat pelepasan daripada RHB Bank.

Ini adalah bukti yang menunjukkan pihak RHB Bank melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.

Kalau dah ada surat pelepasan itu nanti, jangan terlupa buat satu lagi prosedur penting iaitu e-Batal JPJ.

e-Batal ini adalah satu prosedur di mana pihak JPJ akan mengeluarkan nama bank daripada geran kereta anda.

Selagi tak tukar, selagi itulah nama pemilik kereta ialah nama bank.

 

Ada masalah atau pertanyaan lain tentang pinjaman kereta RHB Bank?

Sekiranya apa yang kami terangkan ini masih lagi tidak jelas, kami sarankan anda hubungi Khidmat Pelanggan RHB Bank untuk mendapatkan jawapan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buat panggilan ke RHB Bank di talian 03-9206 8118
  2. Tekan 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan, pilih Bahasa Melayu
  4. Ikut arahan yang diberikan
  5. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman Kenderaan atau Hire Purchase RHB Bank
  6. Tunggu sehingga dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas
  7. Tanya pegawai khidmat pelanggan tersebut soalan berkenaan pinjaman kenderaan yang anda mahu tahu
  8. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsikan berkenaan cara semak baki pinjaman kereta RHB Bank melalui SMS ini akan memudahkan urusan anda.

Walaupun tidak boleh buat semakan melalui SMS, setidak-tidaknya anda boleh check baki secara online.

Semoga urusan hutang piutang anda dengan bank dapat diselesaikan dengan segera.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment