Full Settlement Kereta (Cara Bayar Habis Loan)

Mungkin ada di antara anda yang dah mampu untuk selesaikan ansuran kereta sepenuhnya dan mencari cara selesaikan hutang lapuk agar tidak terus berhutang lagi. Kalau macam itu, apa kata anda baca tentang bagaimana cara buat full settlement kereta.

Jangan risau kalau tak tahu prosedur untuk bayar habis hutang kereta. Kami akan kongsikan satu persatu supaya anda lebih yakin.

Apa Itu Full Settlement?

Pasti ada yang kurang jelas akan makna full settlement.

Jadi kami akan berkongsi serba sedikit.

Full settlement bermaksud penyelesaian penuh yang dibuat ke atas kenderaan yang kita beli seperti kereta dan motor daripada baki yang tinggal.

Orang kata “bayar habis”. Tak ada hutang-hutang lagi dah. Bayar “lump sum”

 

Cara Buat Full Settlement Kereta

Sebenarnya, proses untuk bayar habis hutang kereta tidaklah kompleks sanagat. Cuma yang paling utama ialah anda perlu semak baki hutang kenderaan anda.

Check balance untuk full settlement ini adalah antara perkara penting yang anda perlu buat sebelum keluarkan duit untuk settle habis.

Kenapa?

Takut baki yang perlu dibayar tidak sama dengan apa yang tertulis di bank. Ini kerana kebiasaannya bulan terakhir pembayaran, amaunnya tidak sama dengan bulan-bulan sebelum ini.

Jika terlebih bayar walaupun 10 sen, perlu buat macam-macam prosedur yang dikira leceh, hanya untuk keluarkan semula amaun 10 sen tersebut.

Kami pun pernah buat full settlement untuk kereta kami, jadi kami pun tahu caranya.

Dan kalau anda tanya dekat mana-mana pun mostly ramai orang akan cadangkan untuk guna cara-cara ini.

 

Proses 1: Semak Baki Loan Kereta dengan Customer Service

Kalau rasa tidak ada masa nak pergi bank atau institusi kewangan berkaitan yang bagi anda pinjaman untuk beli kereta, anda juga boleh check full settlement hanya dengan buat panggilan telefon.

Cuma pastikan anda tahu amaun bulanan dan serba sedikit tahu kira pinjaman kereta sekarang.

Bila ditanya nanti, boleh jawab dengan mudah.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat check baki loan kereta melalui panggilan telefon:

  1. Dapatkan nombor telefon Customer Service bank atau institusi kewangan yang terlibat
  2. Buat panggilan telefon
  3. Nyatakan tujuan anda iaitu untuk check baki untuk buat full settlement kereta
  4. Customer Service tersebut akan sambungkan anda ke talian yang berkenaan
  5. Bila dah disambungkan, nyatakan tujuan anda sekali lagi
  6. Pegawai di talian berkenaan selalunya akan minta nombor Kad Pengenalan atau no plat kereta anda untuk proses semakan lanjut
  7. Jika perlu, pegawai akan tanya soalan-soalan lain untuk pengesahan
  8. Tunggu sebentar di talian
  9. Anda akan diberitahu jumlah full settlement kereta anda
  10. Selesai

 

Proses 1a: Semak Baki Loan Kereta di Bank

Macam mana nak semak baki loan kereta yang perlu dibayar?

Mudah sahaja.

Ini adalah cara yang tersangat simple dan tidak rumit langsung. Anda hanya perlu hadir di mana-mana cawangan bank atau institusi kewangan yang telah anda gunakan untuk membuat pembelian kereta.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan baki loan kereta anda:

  1. Kenal pasti bank atau institusi kewangan mana yang anda berhutang. Boleh ihat senarai bank di sini
  2. Kunjungi bank atau institusi kewangan tersebut berserta Kad Pengenalan, no plat dan apa yang berkaitan dengan maklumat kereta anda seperti geran
  3. Pergi ke kaunter check-in untuk dapatkan nombor giliran
  4. Selalunya waktu ini mereka sudah tanya tujuan anda
  5. Mereka akan bagi nombor giliran yang bersesuaian dengan urusan anda
  6. Tunggu nombor giliran anda sehingga dipanggil
  7. Apabila nombor sudah dipanggil, sila ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  8. Nyatakan tujuan anda (time ini anda cakaplah saya nak check full settlement kereta saya)
  9. Mereka akan minta maklumat atau dokumen yang berkaitan contohnya nombor Kad Pengenalan, nombor plat kereta dan lain-lain.
  10. Sila berikan maklumat dan dokumen anda yang diperlukan kepada mereka
  11. Kemudian, maklumat yang anda beri akan diproses
  12. Tunggu sebentar di kaunter sambil lihat pekerja tekan-tekan keyboad komputer mereka
  13. Anda akan dapat tahu berapa jumlah full settlement yang harus dijelaskan
  14. Selesai

Apa yang kami nyatakan di atas adalah proses umum yang akan dijalani oleh sesiapa sahaja yang nak check full settlement.

Sekiranya ada sebarang perubahan, semuanya bergantung kepada situasi sebenar anda serta terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan tersebut.

 

Proses 2: Tanya Diskaun Full Settlement Kereta

Kadang-kadang, bank tak akan berikan ada rebat ataupun diskaun.

Anda perlu tanya pegawai bertugas berkenaan amaun yang perlu dibayar habis yang sudah dikira sekali dengan diskaun.

Walaupun selalunya jumlah amaun tersebut sudah siap dikira sekali dengan rebat atau pengurangan bayaran kalau bayar awal dari tempoh yang ditetapkan, sila tanya pegawai.

Takut-takut dia lupa.

 

Proses 3: Buat Surat Full Settlement Kereta

Sebelum datang sekali lagi ke bank, buat sekali surat untuk buat full settlement pinjaman kereta anda.

Tak bolehlah datang berlenggang dan cakap nak bayar habis sebab bank perlukan dokumen yang menyatakan anda memang nak bayar habis.

Boleh rujuk contoh surat full settlement kereta ini.

 

Proses 4: Sediakan Geran Kereta Original

Selepas siap buat surat, cari geran asal kereta anda.

Dalam kebanyakan kes, bank tidak pegang geran kereta. Pembeli-pembeli baru biasanya akan simpan geran kereta sendiri yang original.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak ada geran tersebut di tangan anda, sila dapatkan daripada pihak bank.

Sebab itu anda perlukan surat, barulah bank boleh beri geran.

Untuk memperoleh geran kereta original, anda perlu melakukan full settlement kereta terlebih dahulu.

Boleh bayar di bank atau bayar secara online.

Kalau bayar online, setelah selesai proses pembayaran penuh, sila hadir ke bahagian Hire Purchase bank dengan membawa resit bayaran.

Ingat, bayar penuh dahulu, baru boleh batalkan hak tuntutan bank ke atas geran tersebut.

 

Proses 5: Dapatkan Surat Pelepasan Bank

Kalau dah bayar, bank mestilah tunjukkan bukti yang anda sudah habis bayar. Resit bayaran sahaja tidak cukup.

Surat pelepasan ini menunjukkan bahawa pihak bank telah melepaskan tuntutan terhadap kereta anda.

Anda kini pemilik kereta tersebut sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, sila semak dengan pihak bank kerana ada kalanya mereka menghantar terus surat pelepasan ini kepada pihak JPJ.

 

Proses 6: Batalkan Geran Guna e-Batal JPJ

Sekiranya bank sudah hantar terus kepada JPJ, anda cuma perlu datang ke JPJ untuk mematikan, mengeluarkan dan/atau batalkan hak milik bank peminjam daripada geran asal kenderaan.

Maklumkan kepada pegawai JPJ yang bertugas bahawa anda ingin melakukan pembatalan pada geran kereta yang sudah habis bayar.

Sekiranya JPJ tiada surat pelepasan tuntutan daripada bank seperti yang dikehendaki, bawa sekali dan serahkan pada pegawai.

Tunjuk sekali resit bayaran jika perlu.

 

Proses 7: Dapatkan Cop e-Batal JPJ Pada Geran

Ya, ini adalah proses terakhir.

Anda perlu pastikan geran anda dicop oleh JPJ yang menandakan anda pemilik sebenar sekarang.

Bukan lagi milik bank, tapi “ini kereta, ana yang punya!”.

 

Cara Buat Full Settlement Kereta Mengikut Bank

Apa yang ditulis di atas hanyalah panduan ringkas sahaja.

Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat full settlement yang lebih terperinci mengikut bank:

No Bank No Tel
1 Maybank 1-300-88-6688
2 CIMB Bank 03-6204 7788 
3 Public Bank 1-800 22 7777 
4 RHB Bank 03-9206 8118
5 Hong Leong Bank 03-7626 8899
6 AmBank 03-2178 8888
7 UOB Bank
8 Bank Rakyat 1-300 80 5454
9 OCBC Bank
10 HSBC Bank
11 Affin Bank 03-2055 9000
12 Bank Islam 03-26 900 900
13 Standard Chartered Bank
14 Citibank
15 Bank Simpanan Nasional 1-300 88 1900
16 Bank Muamalat 03-2600 5500
17 Alliance Bank
18 Agrobank
19 Al-Rajhi Bank
20 MBSB Bank
21 Co-opbank Pertama
22 Kuwait Finance House

 

Boleh Kira Full Settlement  Kereta Guna Kalkulator Online?

Ya, boleh.

Andai kata anda nak buat pengiraan sendiri untuk buat full settlement kereta, anda boleh cuba cari laman web yang menyediakan bahagian loan settlement calculator.

Contohnya seperti di Carsome, myBestCarDealer dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, kami tidak menjanjikan kesahihannya.

Walau bagaimanapun, kami tidak galakkan anda untuk guna cara ini kerana ia tidak semestinya accurate 100% berdasarkan hasil pengiraan yang dilakukan.

Kalau nak tahu yang lebih tepat, lebih baik terus rujuk pada bank atau institusi kewangan pinjaman kereta anda.

Sila guna atas tanggungjawab anda sendiri.

 

Akhir kata

Walau apa pun urusan anda yang berkaitan dengan loan, kami cadangkan anda untuk terus rujuk sahaja di tempat yang sepatutnya.

Contohnya macam nak check full settlement kereta ini. Memang cara paling bagus sekali adalah direct dengan bank atau institusi kewangan berkaitan sahaja.

Tidak perlu pening-pening fikir. Kalau anda rasa bank atau insitusi kewangan itu salah kira, anda kira sahajalah sendiri.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan faedah kepada pembacanya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment