Cara Buat Full Settlement Loan Kereta BSN

Adakah anda baru sahaja bercadang nak buat full settlement loan kereta BSN yang anda tengah bayar setiap bulan sekarang? Kalau ya, mesti sebab dah tak nak pening-pening lagi nak bayar bulan-bulan pada BSN kan? Tak kiralah anda baru dapat bonus atau apa-apa duit terpijak, tindakan untuk bayar habis hutang kereta ini memang bijak.

Oleh kerana ramai yang tak tahu macam mana nak buat full settlement dengan BSN ini, kami akan kongsikan cara-caranya. Jom kita check sama-sama.

Apa itu Full-Settlement?

Sebelum itu, kami nak kongsikan maksudnya.

Full settlement itu perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Kalau dalam Bahasa Melayu, maknanya ialah “bayar habis”.

Langsaikan semua hutang dengan BSN yang bagi kita pinjam duit.

Sehinggalah dah tak ada lagi hutang dah dengan BSN.

Bebas!

 

Cara Buat Full Settlement BSN

Ini hanyalah sekadar panduan umum sahaja yang berpandukan maklumat-maklumat asas yang kami tahu.

Sekiranya ada yang terlepas pandang, boleh maklumkan kepada kami.

1. Pertama, Sebelum Buat Full Settlement Kereta BSN, Semak Baki Secara Online Dulu

Kalau baki tinggal beberapa ratus sahaja, tak kisahlah nak buat pembayaran atas talian..

Tapi kalau masih puluh-puluh ribu, jangan.

Tersalah transfer ke BSN nanti, bahaya.

Lagipun, langsaikan hutang kereta BSN bukan semudah buat pindahan wang begitu sahaja.

Ada prosedur-prosedur tertentu seperti pemindahan pemilikan daripada BSN kepada si peminjam.

Apa-pun, sebelum buat pembayaran apa-apa, kami sarankan anda check balance loan kereta BSN anda terlebih dahulu.

Dengan berbuat begini, anda boleh rancang berapa lagi baki yang perlu dibayar.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik Perbankan Internet rasmi BSN di sini: https://www.mybsn.com.my
  2. Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet BSN
  3. Login mybsn.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sila sahkan Security Image seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Teruskan dengan menekan butang Login
  8. Sekiranya tiada masalah login, anda akan masuk ke dalam dashboard BSN online
  9. Klik Account Overview
  10. Akan keluar paparan Account Overview seperti Savings Account, Credit Card, Financing Account, BSN SSP dan lain-lain
  11. Jika ada akaun pinjaman kereta BSN MyAuto, akaun tersebut akan dipaparkan di skrin di Financing Account
  12. 

Klik akaun pinjaman kereta BSN tersebut
  13. Baki pinjaman kereta BSN akan dipaparkan di skrin
  14. Selesai

 

2. Kedua, Kalau Tak Boleh Semak Baki Pinjaman Online, Call BSN Hotline

Kalau anda jenis yang lebih suka bercakap di telefon kerana boleh tanya macam-macam, lebih baik hubungi customer service BSN.

Lagipun, kalau ada masalah login BSN online banking, boleh minta tolong mereka selesaikan.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Ingat balik, bank cawangan mana yang anda buat loan kereta
  2. Kalau terlupa, hubungi hotline BSN di talian 1-300 88 1900
  3. 

Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
  4. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  5. Maklumkan tujuan anda buat panggilan adalah untuk bertanya tentang full settlement kereta
  6. Berikan nombor plat kenderaan anda atau nombor akaun Hire Purchase anda
  7. Pegawai bank akan buat semakan
  8. Baki loan kereta anda akan diberitahu
  9. Tanya pegawai bagaimana cara untuk buat early settlement
  10. 

Tanya samada boleh guna bank transfer atau bayar menggunakan cheque
  11. Tanya lagi apa dokumen yang perlu dibawa ke bank untuk buat pembayaran
  12. Catat semua maklumat penting yang diberikan
  13. Buat persediaan dan kumpulkan semua dokumen yang diperlukan
  14. Hadirkan diri ke cawangan bank tersebut
  15. Selesai

 

3. Ketiga, Datang Ke Cawangan Untuk Buat Full Settlement Loan Kereta BSN
Anda

Ya.

Jalan terbaik ialah hadirkan diri ke mana-mana cawangan BSN.

Kalau ada masalah atau pertanyaan tentang prosedur pembayaran hutang BSN, jangan segan silu tanya pegawai.

Prosedur pindah milik kenderaan ini melibatkan beberapa pihak. Antaranya, pihak BSN, peminjam dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Datang ke BSN Auto Finance Centre atau Hire Puchase berdekatan
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Duduk di kerusi yang disediakan
  4. Tunggu sebentar
  5. Jika nombor giliran dipanggil, pergi ke kaunter yang dinyatakan
  6. Beritahu tujuan adalah untuk buat full settlement pinjaman kereta
  7. Berikan nombor plat kereta atau nombor akaun Hire Purchase
  8. Serahkan semua dokumen yang berkaitan
  9. Tunggu pegawai bank melakukan semakan
  10. Baki pinjaman kereta anda yang perlu dilangsaikan akan dimaklumkan
  11. Selesai

 

Apa Kebaikan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta BSN?

Pasti ada yang tertanya-tanya, “Apa kebaikannya bayar loan BSN awal?”.

“Kalau BSN dah bagi pinjaman beli kereta, gunalah. Tak payahlah bayar habis lagi. Bayarlah bulan-bulan.”

Betul, memang logik dan memang bagus kalau bayar sikit-sikit setiap bulan.

Tapi hakikatnya, BSN TAK SUKA kalau ada peminjam nak buat full settlement.

Kenapa?

Mari sini kami cerita.

Kalau perasan, bila anda semak penyata pinjaman kereta BSN anda, mesti nampak baki macam tak berkurangan.

Katakan hutang kereta RM50,000. Bayar bulan-bulan RM500.

Kalau tiap-tiap bulan bayar RM500, dalam setahun atau 12 bulan, anda sudah bayar RM6000.

Tapi lepas setahun, bila tengok statement loan, baki pinjaman baru berkurang RM2,000.

Masih ada baki loan sebanyak RM48,000.

Bayar banyak-banyak, baru turun sedikit?

Kenapa?

Itulah namanya interest, wahai Tuan-tuan dan Puan-puan.

“Alahh, menipu je kiraan bayaran hutang BSN tu. Bukan betul pun.”

Tuan-tuan dan Puan-puan, ini hanya kiraan lebih kurang sahaja.

Tanpa kalkulator.

Kami buat contoh untuk senang faham sahaja.

Sekadar nak bagi sedikit idea.

 

Masih Tak Fahamlah, Boleh Bagi Contoh Berkaitan Early Settlement BSN?

Baiklah.

Ini senario pertama.

Katakan anda buat loan kereta BSN selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 30 bulan.

Jadi, masih berbaki 54 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 30, anda boleh dapat diskaun atau rebat dalam lebih kurang RM4,000.

Ini pula senario kedua.

Katakan anda buat loan selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 60 bulan.

Jadi, masih berbaki 24 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 60, anda hanya akan dapat diskaun atau rebat sebanyak lebih kurang RM800 sahaja.

Rugi kan?

Lebih baik bayar awal.

Hutang pun jadi sedikit.

Simple kan?

Sekarang dah boleh dapat pegang geran kereta sendiri.

Kalau sebelum ini BSN yang pegang, saat kita selesaikan urusan di cawangan, pegawai akan serahkan geran tersebut pada kita.

Tak perlu berhutang lagi dengan BSN.

Tak perlu bayar interest lagi pada BSN.

Betul-betul bebas hutang, kecuali ada buat pinjaman perumahan BSN yang masih belum langsai.

Itu tak apa.

Perlahan-lahan kasi settle.

 

Apa Pula Keburukan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta BSN?

Rasanya, satu sahaja iaitu kena keluarkan duit sekelepuk.

Anda perlu sediakan duit dalam amaun yang besar semata-mata untuk habiskan hutang pinjaman kereta BSN.

Itu sahaja.

Tapi kalau anda ada duit lebih, tapi tak suka nak bayar habis hutang kereta, lebih baik buat penyelesaian baki pinjaman perumahan BSN.

Itu kalau sudah ada rumah.

Kalau belum, boleh juga guna untuk buat deposit pinjaman perumahan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara buat full settlement loan kereta BSN ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Pasti hati akan lega apabila sudah habis bayar hutang kereta dengan BSN.

Teknik seperti ini lebih kurang sama sahaja dengan full settlement housing loan BSN dan juga full settlement personal loan BSN.

Asalkan ada duit lebih, bayar sahaja untuk jimatkan bayaran faedah pada BSN.

BSN pun suka kita dah tak ada hutang dengan dia.

Kita pun happy sebab dah bebas hutang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment