Cara Buat Full Settlement Loan Kereta AmBank

Adakah anda baru sahaja bercadang nak buat full settlement loan kereta Ambank yang anda tengah bayar setiap bulan sekarang? Kalau ya, mesti sebab dah tak nak pening-pening lagi nak bayar bulan-bulan pada Ambank kan? Tak kiralah anda baru dapat bonus atau apa-apa duit terpijak, tindakan untuk bayar habis hutang kereta ini memang bijak.

Oleh kerana ramai yang tak tahu macam mana nak buat full settlement dengan Ambank ini, kami akan kongsikan cara-caranya. Jom kita check sama-sama.

Apa itu Full-Settlement?

Sebelum itu, kami nak kongsikan maksudnya.

Full settlement itu perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Kalau dalam Bahasa Melayu, maknanya ialah “bayar habis”.

Langsaikan semua hutang dengan Ambank yang bagi kita pinjam duit.

Sehinggalah dah tak ada lagi hutang dah dengan Ambank.

Bebas!

 

Cara Buat Full Settlement Ambank

Ini hanyalah sekadar panduan umum sahaja yang berpandukan maklumat-maklumat asas yang kami tahu.

Sekiranya ada yang terlepas pandang, boleh maklumkan kepada kami.

1. Pertama, Sebelum Buat Full Settlement Kereta Ambank, Semak Baki Secara Online Dulu

Kalau baki tinggal beberapa ratus sahaja, tak kisahlah nak buat pembayaran atas talian..

Tapi kalau masih puluh-puluh ribu, jangan.

Tersalah transfer ke Ambank nanti, bahaya.

Lagipun, langsaikan hutang kereta Ambank bukan semudah buat pindahan wang begitu sahaja.

Ada prosedur-prosedur tertentu seperti pemindahan pemilikan daripada Ambank kepada si peminjam.

Apa-pun, sebelum buat pembayaran apa-apa, kami sarankan anda check balance loan kereta Ambank anda terlebih dahulu.

Dengan berbuat begini, anda boleh rancang berapa lagi baki yang perlu dibayar.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik Perbankan Internet rasmi Ambank di sini: https://ambank.amonline.com.my/
  2. Laman utama web akan dipaparkan
  3. Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Klik Log In Now
  6. Sila sahkan Security Image dengan menekan butang Yes
  7. Masukkan Password
  8. Tekan butang Log In
  9. Profil akaun akan dipaparkan di skrin
  10. Klik pada menu Pay Loans / Financing
  11. Baki pinjaman kereta Ambank anda akan dipaparkan di skrin
  12. Selesai

 

2. Kedua, Kalau Tak Boleh Semak Baki Pinjaman Online, Call Ambank Hotline

Kalau anda jenis yang lebih suka bercakap di telefon kerana boleh tanya macam-macam, lebih baik hubungi customer service Ambank.

Lagipun, kalau ada masalah login Ambank online banking, boleh minta tolong mereka selesaikan.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Ingat balik, bank cawangan mana yang anda buat loan kereta
  2. Kalau terlupa, hubungi hotline AmBank di talian 03-2178 8888
  3. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab
  4. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  5. Maklumkan tujuan anda buat panggilan adalah untuk bertanya tentang full settlement kereta
  6. 

Berikan nombor plat kenderaan anda atau nombor akaun Hire Purchase anda
  7. Pegawai bank akan buat semakan
  8. Baki loan kereta anda akan diberitahu
  9. Tanya pegawai bagaimana cara untuk buat early settlement
  10. 

Tanya samada boleh guna bank transfer atau bayar menggunakan cheque
  11. Tanya lagi apa dokumen yang perlu dibawa ke bank untuk buat pembayaran
  12. Catat semua maklumat penting yang diberikan
  13. 

Buat persediaan dan kumpulkan semua dokumen yang diperlukan
  14. Hadirkan diri ke cawangan bank tersebut
  15. Selesai

 

3. Ketiga, Datang Ke Cawangan Untuk Buat Full Settlement Loan Kereta Ambank Anda

Ya.

Jalan terbaik ialah hadirkan diri ke mana-mana cawangan Ambank.

Kalau ada masalah atau pertanyaan tentang prosedur pembayaran hutang Ambank, jangan segan silu tanya pegawai.

Prosedur pindah milik kenderaan ini melibatkan beberapa pihak. Antaranya, pihak Ambank, peminjam dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Datang ke AmBank Auto Finance Centre atau Hire Puchase berdekatan
  2. Sila ambil nombor giliran
  3. Duduk di kerusi yang disediakan
  4. Tunggu sebentar

Jika nombor giliran dipanggil, pergi ke kaunter yang dinyatakan
  5. Beritahu tujuan adalah untuk buat full settlement pinjaman kereta
  6. Berikan nombor plat kereta atau nombor akaun Hire Purchase
  7. Serahkan semua dokumen yang berkaitan

Tunggu pegawai bank melakukan semakan
  8. Baki pinjaman kereta anda yang perlu dilangsaikan akan dimaklumkan
  9. Selesai

 

Apa Kebaikan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta Ambank?

Pasti ada yang tertanya-tanya, “Apa kebaikannya bayar loan Ambank awal?”.

“Kalau Ambank dah bagi pinjaman beli kereta, gunalah. Tak payahlah bayar habis lagi. Bayarlah bulan-bulan.”

Betul, memang logik dan memang bagus kalau bayar sikit-sikit setiap bulan.

Tapi hakikatnya, Ambank TAK SUKA kalau ada peminjam nak buat full settlement.

Kenapa?

Mari sini kami cerita.

Kalau perasan, bila anda semak penyata pinjaman kereta Ambank anda, mesti nampak baki macam tak berkurangan.

Katakan hutang kereta RM50,000. Bayar bulan-bulan RM500.

Kalau tiap-tiap bulan bayar RM500, dalam setahun atau 12 bulan, anda sudah bayar RM6000.

Tapi lepas setahun, bila tengok statement loan, baki pinjaman baru berkurang RM2,000.

Masih ada baki loan sebanyak RM48,000.

Bayar banyak-banyak, baru turun sedikit?

Kenapa?

Itulah namanya interest, wahai Tuan-tuan dan Puan-puan.

“Alahh, menipu je kiraan bayaran hutang Ambank tu. Bukan betul pun.”

Tuan-tuan dan Puan-puan, ini hanya kiraan lebih kurang sahaja.

Tanpa kalkulator.

Kami buat contoh untuk senang faham sahaja.

Sekadar nak bagi sedikit idea.

 

Masih Tak Fahamlah, Boleh Bagi Contoh Berkaitan Early Settlement Ambank?

Baiklah.

Ini senario pertama.

Katakan anda buat loan kereta Ambank selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 30 bulan.

Jadi, masih berbaki 54 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 30, anda boleh dapat diskaun atau rebat dalam lebih kurang RM4,000.

Ini pula senario kedua.

Katakan anda buat loan selama 7 tahun, iaitu 84 bulan.

Katakan interest rate dengan bank ialah 3%.

Katakan anda sudah bayar 60 bulan.

Jadi, masih berbaki 24 bulan.

Katakan bank tidak akan kenakan penalti jika buat early settlement.

Kalau anda nak bayar habis pinjaman kereta awal pada bulan ke 60, anda hanya akan dapat diskaun atau rebat sebanyak lebih kurang RM800 sahaja.

Rugi kan?

Lebih baik bayar awal.

Hutang pun jadi sedikit.

Simple kan?

Sekarang dah boleh dapat pegang geran kereta sendiri.

Kalau sebelum ini Ambank yang pegang, saat kita selesaikan urusan di cawangan, pegawai akan serahkan geran tersebut pada kita.

Tak perlu berhutang lagi dengan Ambank.

Tak perlu bayar interest lagi pada Ambank.

Betul-betul bebas hutang, kecuali ada buat pinjaman perumahan Ambank yang masih belum langsai.

Itu tak apa.

Perlahan-lahan kasi settle.

 

Apa Pula Keburukan Buat Full Settlement Pinjaman Kereta Ambank?

Rasanya, satu sahaja iaitu kena keluarkan duit sekelepuk.

Anda perlu sediakan duit dalam amaun yang besar semata-mata untuk habiskan hutang pinjaman kereta Ambank.

Itu sahaja.

Tapi kalau anda ada duit lebih, tapi tak suka nak bayar habis hutang kereta, lebih baik buat penyelesaian baki pinjaman perumahan Ambank.

Itu kalau sudah ada rumah.

Kalau belum, boleh juga guna untuk buat deposit pinjaman perumahan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara buat full settlement loan kereta Ambank ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Pasti hati akan lega apabila sudah habis bayar hutang kereta dengan Ambank.

Teknik seperti ini lebih kurang sama sahaja dengan full settlement housing loan Ambank dan juga full settlement personal loan Ambank.

Asalkan ada duit lebih, bayar sahaja untuk jimatkan bayaran faedah pada Ambank.

Ambank pun suka kita dah tak ada hutang dengan dia.

Kita pun happy sebab dah bebas hutang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment