Pinjaman ASB (Kalau Buat Pembiayaan Bank, Untung atau Rugi?)

Aku tahu, kau sedang berkira-kira nak buat pinjaman ASB sebab nak kaya cepat. Jangan tipu. Aku tahulah. Aku pun pernah buat macam itu juga dulu. Alangkah bagusnya kalau dapat simpan maksimum RM200,000 dan goyang kaki makan dividen setiap tahun. Tapi, betul ke berbaloi? Jom kita tengok samada boleh buat untung atau sebenarnya rigi.

Apa beza pinjaman ASB dengan simpanan ASB?

Sebelum ini, aku nak jelaskan dahulu perbezaan antaran ASB loan dan juga simpanan biasa.

Untuk mudah faham, pinjaman ASB ini selalunya bank akan tawarkan kepada orang awam. Tapi itulah, bila meminjam dengan bank, pasti ada bunga atau faedah. Mana ada yang percuma. Secara asasnya, bank yang bagi pinjaman pada kau akan beli dahulu sijil ASB. Pihak bank akan pegang sijil tersebut sampai kau habis bayar. Maka mereputlah kau bayar hutang dengan bank setiap bulan. Sama macam kau buat pinjaman kereta. Selagi kau tak habis bayar, secara teknikalnya itu bukan kereta kau.

Berbeza dengan simpanan atau pelaburan ASB, itu menggunakan duit kau sendiri tanpa berhutang. Kau kerja siang malam kumpul duit dan kau masukkan dalam ASB sebagai pelaburan masa depan. Kau tak perlu bayar hutang apa-apa sebab itu memang duit kau sendiri. Cuma masalahnya ialah tak ramai yang ada duit sebanyak RM200,00 sekelepuk untuk melabur dalam ASB. Maka, sebab itulah ramai yang buat pinjaman ASB.

 

Betul ke untung buat pinjaman ASB?

Aku malas sebenarnya nak buat jadual atau sediakan kalkulator pengiraan pinjaman ASB. Kau cuma pergi pegang satu formula sahaja. Pegang ini baik-baik.

Kalau kadar faeadah atau kadar bunga daripada pihak bank lebih rendah daripada dividen ASB, maka kau akan untung.  Itu sahaja. Tak perlu fikir panjang-panjang. Maka berdoalah setiap hujung tahun agar dividen ASB sentiasa tinggi.

Nak lukis tak? Tak payahlah. Aku bagi senario pun cukup.

Contohnya, kalau kau buat loan ASB yang maksimum sebanyak RM200,000. Dengan kadar faedah sebanyak 4.5% dari pihak bank, mungkin kau kena bayar RM1,300 setiap bulan. Nak mudah kira, dalam setahun kau akan bayar pada bank sebanyak RM15,000.

Setiap hujung tahun, hati kau pun berbunga-bunga nak tahu berapa dividen kau boleh dapat. Tiba-tiba, kerajaan bagi berita gembira dengan mengumumkan dividen ASB bagi tahun semasa ialah 9%. Maka dengan unit ASB yang kau ada sebanyak RM200,000, kau akan dapat duit dividen sebanyak RM18,000 setahun. Jadi, RM18,000 tolak dengan RM15,000, kau akan dapat untung RM3,000 setahun.

Ya, aku tahu dividen ASB sebanyak 9% itu tak logik. Yang aku tulis di atas tadi itu cuma CONTOH. Kau jangan ambil bulat-bulat dan terus pergi bank nak buat loan ASB lepas baca artikel ini. Ada otak, guna dulu dan buat kira-kira sendiri. Aku cuma terangkan untuk mudah faham. Bukan yang mendalam.

 

Dapat dividen ASB, kena bayar zakat tak?

Mestilah kena. Kadar zakat yang dikenakan untuk unit ASB dan dividen yang kau dapat ialah 2.5%.

“Oh, rugilah kalau macam tu?”

Kalau difikir secara logik biasa, memanglah rugi. Kalau kadar 2.5% atas unit ASB sebanyak RM200,000, tentu sekali zakat yang kau kena bayar ialah RM5,000.

“Banyak tu!”

Memanglah banyak. Tapi kalau kau jenis percaya rezeki itu adalah dari Allah, sikit sangat duit yang kau kena keluarkan untuk zakat ASB. Allah pasti akan ganti dengan rezeki lain yang tak disangka-sangka.

 

Jadi, perlu buat pinjaman ASB  ke tak?

Ikut suka kaulah. Kalau kau nak rasa terbeban bayar bulan-bulan dengan bank sebab buat pembiayaan ASB, teruskanlah. Aku tak kata salah. Tengok dulu tahap kewangan kau samada stabil atau tidak. Kalau mampu, apa salahnya.

Ada banyak bank dan institusi kewangan yang bagi ASB loan. Cuma kau kena tengok betul-betul sebab ada yang menawarkan pinjaman Islamik yang patuh syariah dan ada yang menawarkan pinjaman konvensional.

Antaranya ialah:

Tengok dulu berapa kadar bunga yang bank kenakan dan agak-agak berapa dividen ASB pada tahun tersebut. Kalau rasa tak berbaloi, terminate terus.

Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Comment