Pinjaman ASB Hong Leong Bank 2023 (Pembiayaan Patuh Syariah)

Terdapat beberapa jenis bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan melalui pelaburan ASB. Salah satu daripada produk pembiayaan yang boleh anda mohon adalah pinjaman ASB Hong Leong Bank. Khusus untuk anda yang ingin melabur di dalam unit ASB, pinjaman ini adalah salah satu pelan yang baik untuk anda cuba.

Melalui artikel ini, kami telah menyediakan beberapa maklumat yang perlu anda tahu mengenai pinjaman ASB Hong Leong Bank sebelum anda mengemukan permohonan atau sebarang pelaburan.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman ASB Hong Leong Bank

Berikut merupakan jenis pinjaman ASB yang disediakan oleh Hong Leong Bank.

Pembiayaan ASB-i Hong Leong Bank

Pembiayaan ASB-i ini adalah kemudahan pembiayaan berjangka dengan mencagarkan sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB). Anda tidak perlu ragu kerana pembiayaan ini adalah salah satu pembiayaan patuh syariah yang menggunakan konsep Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam bermula dari RM10,000 sehingga RM200,000.

Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah minimum 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun dengan kadar keuntungan dari 1.62%. Margin pembiayaan pula adalah tinggi iaitu dari 100% sehingga meningkat kepada 105%.

Tambahan lagi, apa yang menarik tentang pinjaman ini adalah ia disarankan kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga untuk mula membina asas simpanan yang lebih kukuh.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Pembiayaan ASB-i ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar kentungan Dari 1.62%
Tempoh pinjaman 5 tahun hingga 35 tahun
Jumlah pinjaman RM10,000 hingga RM200,000

Margin Pembiayaan

100% hingga 105%

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berstatus bumiputera
  • Penduduk tetap (jika berkaitan)
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 60 tahun ketika permohonan dibuat

Kategori pinjaman

Pembiayaan islamik

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ASB Hong Leong Bank ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia berstatus bumiputera.
  • Penduduk tetap (jika berkaitan).
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 60 tahun ketika permohonan dibuat.
  • Terhad kepada hubungan pasangan sama ada suami isteri atau ibu atau bapa bersama anak kandung (jika berkaitan).
  • Maksimum 2 pemohon sahaja pada satu permohonan.

PERHATIAN

Permohonan boleh dibuat secara individu atau pemohon bersama.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan penyata ASB atau ASB2.
  • Slip gaji 3 bulan terkini (pilihan).
  • Borang BE terkini (pilihan).
  • Penyata KWSP terkini (pilihan).
  • Penyata akaun bank 3 bulan terkini (pilihan).
  • Surat pengesahan majikan (pilihan).
  • Penyata akaun bank 6 bulan terkini jika bekerja sendiri (pilihan).
  • Borang B terkini jika bekerja sendiri (pilihan).
  • Penayata komisen 6 bulan terkini jika berkaitan (pilihan).
  • Surat akuan dan pengesahan.
  • Penyata pendedahan risiko.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Pembiayaan ASB-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual bayaran balik pembiayaan ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut atau guna kalkulator pinjaman di sini hlisb.com.my.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ASB Hong Leong Bank ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh melawati mana-mana cawangan Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Hong Leong Bank atau Hong Leong Islamic Bank.

 

Akhir kata

Ini sahaja maklumat mengenai pinjaman ASB Hong Leong Bank yang dapat kami sediakan untuk anda. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada anda.

Kalau anda tidak berminat dengan pinjaman ASB ini. Anda boleh cuba mohon pinjaman peribadi Bank Muamalat, OCBC Bank atau BSN. Manalah tahu kalau pakej pinjaman mereka lebih menarik minat anda.

Semoga bermanfaat dan dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment