Pinjaman Peribadi Bank Muamalat 2023 (Personal Loan)

Buat anda yang perlukan bantuan wang atau nak buat personal loan tetapi tidak tahu pelan apa yang anda boleh mohon. Kali ini kami senaraikan jenis pelan pinjaman peribadi Bank Muamalat yang ditawarkan. Jadi, jika anda merupakan individu yang berhasrat untuk memohon pinjaman peribadi ini, bolehlah anda semak artikel kami.

Oh ya! Sekadar berkongsi. Anda juga boleh cuba mohon pinjaman peribadi Bank Islam sekiranya anda tidak berminat dengan pinjaman peribadi dari Bank Muamalat.

Mari teruskan kepada intinya. Di sini kami sediakan beberapa maklumat yang perlu anda tahu mengenai pinjaman peribadi Bank Muamalat.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Bank Muamalat

Berikut merupakan senarai pinjaman peribadi dari Bank Muamalat yang boleh anda mohon.

1. Pinjaman peribadi Pesara (3P)

Pelan pinjaman ini adalah ditawarkan untuk kegunaan peribadi kepada pesara sahaja. Antara golongan pesara yang layak memohon adalah pesara Angkatan Tentera Malaysia dan pesara kerajaan. Melalui pelan ini, anda boleh memohon pinjaman bermula RM5,000 sehingga maksimum RM250,000.

Selain itu, anda akan diberikan tempoh pinjaman di antara 3 tahun sehingga maksimum 10 tahun dengan kadar kentungan di antara 4.95% sehingga 5.50% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pelan pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 Di antara 4.95% sehingga 5.50% setahun

Tempoh pinjaman

Minimum 3 tahun hingga maksimum 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM5,000 hingga RM250,000

Sektor pekerjaan

  • Pesara Angkatan Tentera Malaysia
  • Pesara kerajaan

Kelayakan

  • Waraganegara Malaysia
  • Telah bersara

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Syarat kelayakan

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah bersara.
  • Pesara dengan kredit BMMB dan dibayar oleh JHEV untuk angkatan tentera.
  • Pesara dengan kredit BMMB di bawah Skim A dan dibayara oleh JPA.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan ini:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Salinan kad pesara.
  • Lejar atau penyata pesara.
  • Buku simpanan BMMB.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Pesara (3P)?

Bagi memudahkan anda membuat pembayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan. Sebarang perubahan pembayaran balik pinjaman adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank Muamalat.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman melalui pesaraan dengan BMMB.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi ini?

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Anda boleh mohon secara walk in di mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan online di laman web Bank Muamalat.

 

2. Pinjaman peribadi Cash-i Muamalat

Pelan pinjaman ini adalah ditawarkan kepada kakitangan yang bekerja di sektor kerajaan, sektor awam dan sektor swasta. Antara golongan yang layak memohon adalah mereka yang bekerja dengan kerajaan, GLCs, GLICS dan majikan yang berada di bawah program Empanelment.

Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam bermula RM10,000 sehingga maksimum RM200,000 dengan tujuan untuk kegunaan peribadi seperti pengajian, ubat-ubatan dan sebagainya. Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah sekitar 2 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan di antara 1.00% sehingga 11.00% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Di antara 1.00% hingga 11.00% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM10,000 hingga maksimum RM200,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Sektor awam
  • Sektor swasta

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000 atau RM3,000 sebulan

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Syarat kelayakan

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pekerja tetap.
  • Menerima pendapatan minimum RM2,000 atau RM3,000 sebulan.
  • Lebih dari 1 tahun perkhidmatan.
  • Bekerja kurang dari 1 tahun (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang perlu untuk melengkapkan permohonan adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan jawatan atau majikan atau pekerjaan (jika berkaitan).
  • Dokumen sokongan (jika berkaitan).
  • Surat penerimaan gaji atau pernyataan berkaitan gaji (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Cash-i Muamalat?

Mengenai pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan bagi memudahkan anda membuat bayaran semula.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini menggunakan kaedah seperti penolakan gaji, pemindahan gaji kepada Bank Muamalat atau arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman ini dengan hadirkan diri di mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran anda atau boleh mohon secara online melalui laman web Bank Muamalat.

 

3. Pembiayaan peribadi Cash-i Muamalat Pro

Pinjaman peribadi ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi seperti penyelesaian hutang, keperluan wang segera dan banyak lagi. Namun, bila dah duit pinjaman untuk tujuan peribadi. Jangan pula lupa nak bayar semula. Melalui pinjaman ini, anda boleh meminjam minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

Selain itu, tempoh pinjaman yang ditawarkan adalah bermula 2 tahun sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan bermula di antara 1.00% sehingga 11.00% setahun. Walau bagaimanapun, pelan ini hanya terbuka kepada golongan profesional atau diiktiraf setaraf seperti arkitek, doktor, pensyarah dan seumpamanya.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Di antara 1.00% sehingga 11.00% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM10,000 hingga maksimum RM200,000
Sektor pekerjaan Profesional atau setaraf
Kelayakan
  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Minmum pendapatan RM5,000 sebulan
Tempoh kelulusan 1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah:

Syarat kelayakan

Di bawah merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon:

  • Minimum umur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Had umur 70 tahun hanya kepada Pengamal Perubatan.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM5,000 dan ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Merupakan golongan yang telah diiktiraf sebagai profesional atau mempunyai kelayakan setaraf.
  • Pekerja tetap.
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas.
  • Minimum 1 tahun perkhidmatan bagi pengamal perubatan.
  • Mempunyai rekod yang baik dengan mana-mana bank atau institusi kewangan.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan adalah:

    • Salinan kad pengenalan.
    • Pendaftaran perniagaan.
    • Penyata kewangan atau dokumen berkaitan cukai terkini.
    • Penyata akaun bank 6 bulan terkini.
    • Sijil kelayakan atau keahlian profesional.

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Cash-i Muamalat Pro?

Bagi memudahkan anda membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran semula pinjaman menggunakan kaedah seperti penolakan gaji bulanan, pemindahan gaji kepada Bank Muamalat atau arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Bank Muamalat ini?

Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh terus mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berdekatan.

Anda juga boleh mohon secara atas talian melalui laman web rasmi Bank Muamalat.

 

4. Cash-i Muamalat Prestige

Pelan pinjaman ini adalah untuk golongan yang berpendapatan tinggi namun memerlukan wang untuk kegunaan peribadi. Apabila sebut sahaja berpendapatan tinggi bermakna bukan semua orang layak memohon pelan pinjaman ini. Ianya dikhususkan kepada mereka yang menerima pendapatan bulanan minimum RM7,000 sebulan.

Selain itu, pinjaman ini menawarkan jumlah pinjaman bermula RM200,000 sehingga mencecah RM250,000 dengan tempoh pinjaman di antara 2 hingga 10 tahun. Mengenai kadar keuntungan pula adalah bermula di antara 1.00% sehingga 11.00% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Di antara 1.00% hingga 11.00% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

Minimum RM200,00 sehingga maksimum RM250,000

Sektor pekerjaan

Golongan berpendapatan tinggi

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan bulanan minimum RM7,000 sebulan

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui lebih lanjut melalui maklumat tambahan di bawah.

Syarat kelayakan

Terdapat beberapa syarat dan kelayakan yang harus ditepati iaitu:

  • Individu yang menerima pendapatan bulanan minimum RM7,000 sebulan.
  • Menerima pendapatan tahunan sebanyak RM84,000 (jika berkaitan).
  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Had umur sehingga 70 tahun adalah untuk Pengamal Perubatan sahaja.
  • Subset di bawah kategori Cash-i Muamalat dan Cash-i Muamalat Pro.

 

Dokumen diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman ini adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan jawatan atau bekerja.
  • Dokumen sokongan lain (jika berkaitan).
  • Dokumen, surat atau penyata pemindahan gaji.
  • Sijil pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa 6 bulan atau 12 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Penyata kewangan terkini (jika berkaitan).
  • Dokumen atau borang berkaitan percukaian (jika berkaitan).
  • Pengesahan atau sijil profesional, keahlian atau setaraf (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Cash-i Muamalat Prestige?

Mengenai corak pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan untuk anda.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran semula pinjaman ini menggunakan kaedah penolakan gaji bulanan, pemindahan gaji kepada Bank Muamalat atau arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Jika anda layak dan berhasrat untuk memohon pinjaman ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat terdekat yang ada berhampiran anda.

Anda juga boleh mohon secara online melalui laman web rasmi Bank Muamalat.

 

5. Pinjaman peribadi Cash-i Muamalat Prestige T20

Pelan pinjaman peribadi ini adalah untuk golongan T20 yang menerima pendapatan bulanan sehingga RM15,000 atau RM180,000 setahun. Pinjaman ini adalah pinjaman yang lain dari pelan pinjaman dari bank-bank yang ada di Malaysia kerana ia dikhususkan untuk mereka yang bergaji besar. Jadi, jika anda tergolong di dalam golongan ini.

Anda layak memohon.

Pinjaman ini memberikan jumlah pinjaman minimum RM250,000 sehingga maksimum RM400,000 dengan tempoh pinjaman bermula 2 tahun hingga 10 tahun. Selain itu, kadar kentungan yang diterima adalah di antara 1.00% sehingga 11.00% setahun. Namun, sebarang perubahan maklumat adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Bank Muamalat sendiri.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

Di antara 1.00% hingga 11.00% setahun

Tempoh pinjaman

2 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM250,000 hingga RM400,000

Sektor pekerjaan

Golongan T20

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Pendapatan minimum RM15,000 sebulan

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman ini. Sila ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Syarat kelayakan

Antara syarat dan kelayakan yang mesti dipenuhi adalah:

  • Individu yang menerima pendapatan minimum RM15,000 sebulan.
  • Individu yang menerima pendapatan minimum RM180,000 setahun (jika berkaitan).
  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Had umur sehingga 70 tahun hanya dikhususkan untuk pengamal perubatan sahaja.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai sambungan untuk Cash-i Muamalat Prestige.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan jawatan atau bekerja.
  • Dokumen sokongan lain (jika berkaitan).
  • Dokumen, surat atau penyata pemindahan gaji.
  • Sijil pendaftaran perniagaan (jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa 6 bulan atau 12 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Penyata kewangan terkini (jika berkaitan).
  • Dokumen atau borang berkaitan percukaian (jika berkaitan).
  • Pengesahan atau sijil profesional, keahlian atau setaraf (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Cash-i Muamalat Prestige T20?

Bagi memudahkan anda membuat pembayaran balik pinjaman peribadi ini secara konsisten. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini menggunakan kaedah seperti penolakan gaji, pemindahan gaji kepada Bank Muamalat atau arahan auto debit.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh memohon pinjaman ini melalui mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran anda atau anda boleh mohon secara online di laman web Bank Muamalat.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, anda boleh memohon pelbagai jenis pinjaman peribadi Bank Muamalat. Namun, semuanya bergantung kepada kelayakan anda dan kemampuan anda untuk membuat bayaran balik. Jangan pula meminjam sehingga membebankan diri dan masa depan anda.

Buatlah pilihan yang bijak.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan urusan anda di mana pun anda berada.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Pinjaman Peribadi Bank Muamalat 2023 (Personal Loan)”

    • Sy perlukan cash utk bayar hutang. Saya dah ada pinjaman dgn muamalat. Bolehkah sy buat overlap pinjaman yg sedia ada. Saya perlukan MYR 30 Ribu.
      Mohon reply segera dari tuan.
      Terima kasih.

      Reply
  1. Bolehkah saya memohon pinjaman pesara bertindih, di b mana baki pinjaman saya tinggal lagi rm5000 dibank muamalat

    Reply

Leave a Comment