Pinjaman Peribadi Bank Islam 2023 (Kakitangan Kerajaan & Swasta)

Pinjaman peribadi Bank Islam ada menawarkan pelbagai jenis produk atau pelan pinjaman. Salah satu daripada produk pinjaman tersebut adalah untuk golongan profesional. Namun begitu, semua jenis produk pinjaman peribadi Bank Islam mempunyai syarat dan kelayakan berbeza. Sama seperti pinjaman peribadi Bank Muamalat, syarat dan kelayakan ini mesti dipenuhi untuk memastikan anda layak untuk memohon pinjaman tersebut.

Sekiranya ada di antara anda yang berminat untuk memohon pinjaman peribadi dari Bank Islam ini, anda boleh dapatkan beberapa maklumat penting mengenai pinjaman ini melalui penulisan kami di sini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi Bank Islam

Berikut merupakan jenis-jenis produk atau pelan pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Islam.

1. Pinjaman peribadi Bank Islam untuk Program Profesional

Sekiranya anda layak, melalui pinjaman ini anda boleh memohon jumlah pinjaman bermula RM10,000 sehingga maksimum RM300,000 dengan tempoh pinjaman yang diberikan adalah sehingga 10 tahun. Di samping itu, kadar keuntungan yang diterima adalah di antara 1.90% sehingga 5.28% setahun bergantung kepada pengiraan dengan perlindungan Takaful atau tanpa perlindungan Takaful.

Selain itu, seperti anda sudah sedia maklum. Pelan ini hanyalah terbuka kepada golongan profesional seperti doktor, pensyarah, arkitek dan seangkatan dengan kelayakan atau ahli yang diiktiraf setaraf. Oleh itu, jika anda tidak tergolong di dalam kelompok ini. Anda boleh cuba mohon produk pinjaman  peribadi Bank Islam yang lain.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi Bank Islam ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 1.90% hingga 5.28% setahun

Tempoh pinjaman

Maksimum hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM10,000 hingga RM300,000

Sektor pekerjaan

Golongan profesional atau keahlian yang diiktiraf setaraf

Kelayakan

  • Berumur minimum 25 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM4,000.

Tempoh kelulusan

1 hingga 7 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman  peribadi Bank Islam ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Berumur minimum 25 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bekerja di dalam bidang profesional seperti doktor, akauntan, pensyarah, arkitek dan ahli yang berkelayakan diiktiraf setaraf.
  • Menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM4,000.
  • Menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM5,000 bagi jurutera dan akauntan.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon:

  • Kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata EPF.
  • Dokumen tambahan atau sokongan mengikut bidang profesional masing-masing. (Sila rujuk halaman ini sebagai panduan)

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Bank Islam untuk Program Profesional?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara bulanan dan konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik menggunakan kaedah seperti penolakan gaji, arahan Auto-Debit Bank Islam atau arahan tetap daripada bank lain.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Bank Islam.

 

2. Pinjaman Peribadi-i Bukan Pakej

Pembiayaan peribadi ini adalah tidak bercagar dan menggunakan prinsip syariah Tawarruq. Pelan ini adalah salah satu kemudahan pinjaman untuk memenuhi keperluan yang dikira berdasarkan kadar tetap. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman bermula RM10,000 sehingga maksimum RM150,000.

Di samping itu, tempoh pinjaman yang diberikan pula adalah sehingga mencecah 10 tahun atau sehingga waktu bersara atau yang mana lebih awal dengan kadar keuntungan berjumlah 4.5% sehingga 6.5% setahun. Namun, kadar keutungan yang dikira adalah bergantung kepada kadar ada perlindungan Takaful atau tanpa perlindungan Takaful.

Selain itu, produk ini terbuka kepada kakitangan sektor kerajaan, swasta dan syarikat awam yang tersenarai. Apa yang menarik tentang pinjaman ini adalah tiada caj tersembunyi, kadar yang kompetitif dan tempoh kelulusan segera.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi Bank Islam ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 4.5% hingga 6.5% setahun

Tempoh pinjaman

Maksimum hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM10,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Sektor swasta
  • Kakitangan syarikat awam tersenarai

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM4,000.

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai produk pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum berumur 18 tahun sehingga maksimum 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM4,000.
  • Mestilah pekerja berterusan dalam mana-mana syarikat awam tersenarai.

 

Dokumen diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan terkini.
  • Salah satu daripada borang atau dokumen berkaitan cukai, penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini atau penyata EPF (jika berkaitan dan diperlukan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman Peribadi-i Bukan Pakej?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara bulanan dan konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman menggunakan kaedah seperti penolakan gaji bulanan, arahan Auto-Debit Bank Islam atau arahan tetap daripada bank lain (dari akaun pengkreditan gaji).

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam ini. Anda boleh mohon dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Bank Islam.

 

3. Pinjaman Peribadi-i Pakej

Produk ini adalah pinjaman peribadi islamik yang tidak bercagar dan menggunakan konsep syariah Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman bermula RM10,000 sehingga RM300,000 dengan tempoh pinjaman di antara 1 tahun sehingga 10 tahun. Selain itu, kadar keuntungan yang dikira adalah minimum 1.90% sehingga maksimum 5.28% bergantung kepada kadar perlindungan Takaful atau tanpa perlindungan Takaful.

Antara kelebihan yang akan diberikan melalui pinjaman ini adalah kadar kompetitif, tiada caj tersembunyi, tidak memerlukan penjamin, tiada deposit, tiada caj pemprosesan dan tempoh kelulusan segera.

Menarik bukan? Jadi, sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi Bank Islam ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 1.90% hingga 5.28% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 10 tahun

Jumlah pinjaman

RM10,000 hingga RM300,000

Sektor pekerjaan

  • Sektor kerajaan
  • Syarikat awam tersenarai
  • Subsidiari kerajaan
  • Syarikat persendirian terpilih

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000.

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman Peribadi-i Pakej ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun sehingga 60 tahun.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM2,000.
  • Mestilah pekerja berterusan di salah satu sektor terpilih. Antaranya adalah di sektor kerajaan, syarikat awam tersenarai, subsidiari kerajaan atau syarikat persendirian yang dikategorikan di bawah syarikat pakej yang dipilih oleh Bank Islam.

 

Dokumen diperlukan

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan terkini.
  • Penyata akaun pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Salah satu dokumen daripada dokumen atau borang berkaitan cukai atau penyata EPF terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman Peribadi-i Pakej?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi ini secara bulanan dan konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

Sekadar makluman, anda boleh membuat bayaran balik pinjaman ini menggunakan kaedah seperti penolakan gaji atau arahan Auto-Debit Bank Islam.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Bank Islam ini?

Jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam ini. Anda boleh mohon dengan melawati mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi Bank Islam.

 

4. Pinjaman peribadi Bank Islam Cash Line-i

Pelan ini adalah kemudahan pinjaman tunai peribadi oleh Bank Islam yang tidak bercagar dan menggunakan konsep syariah Tawarruq. Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman tunai peribadi bermula minimum RM5,000 sehingga mencecah RM50,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 3 atau 5 tahun tertakluk kepada terma dan syarat. Selain itu, kadar kentungan yang diterima adalah sekitar 2.95% sehingga 3.95% setahun.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar keuntungan

 2.95% hingga 3.95% setahun

Tempoh pinjaman

maksimum 3 tahun atau 5 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 hingga RM50,000 tertakluk terma dan syarat

Sektor pekerjaan

  • Semua sektor
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum sehingga 60 tahun atau 70 tahun tertakluk terma dan syarat.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,500 atau RM5,000.
  • Merupakan penerima gaji, milikan tunggal atau perkongsian.

Tempoh kelulusan

5 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi Bank Islam Cash Line-i melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum sehingga 60 tahun atau 70 tahun tertakluk terma dan syarat.
  • Menerima pendapatan bulanan minimum RM1,500 atau RM5,000.
  • Merupakan penerima gaji, milikan tunggal atau perkongsian.

 

Dokumen diperlukan

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji terkini.
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
  • Sijil pendaftaran perniagaan SSM (jika berkaitan).
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini (jika berkaitan).

 

Bagaimaan corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi Bank Islam Cash Line-i?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pinjaman peribadi Bank Islam Cash Line-i. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan anda.

Sekadar makluman, anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman menggunakan kaedah seperti arahan tetap daripada akaun semasa yang dipautkan kepada talian Cash Line-i.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi Bank Islam ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi Bank Islam ini. Anda boleh mohon secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi Bank Islam.

 

Akhir kata

Sekian sahaja maklumat mengenai pinjaman peribadi Bank Islam yang dapat kami kongsikan kepada anda. Diharapkan dengan informasi yang diberikan ini dapat membantu anda yang nak buat personal loan demi memenuhi keperluan peribadi anda.

Di samping itu, jika anda adalah seorang tentera dan ingin memohon pinjaman peribadi. Apa kata kalau anda cuba mohon pinjaman Koperasi Tentera.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Pinjaman Peribadi Bank Islam 2023 (Kakitangan Kerajaan & Swasta)”

Leave a Comment